Anta Permana begitu mendapat sambutan dikalangan peminat Datuk Siti Nurhaliza mahupun dikalangan artis tempatan. Malah, lagu ini juga telah mencetuskan trend di media sosial dengan #Qasidahchallenge. Antara artis yang menyahut cabaran berqasidah ini antaranya ialah, Bintang Paling Popular 2018, Wany Hasrita, Khai Bahar, Hael Husaini, Ernie Zakri, Hazama, Achey, dan ramai lagi.
Agaknya siapakah antara mereka paling power berqasidah? Jom kita dengar #Qasidahchallenge artis-artis kita ni.