Selepas Lebih Sedekad, Siti Nurhaliza Sunting Gadis 20 Tahun

Penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyunting gadis berusia 20 tahun, Zahra Zura Aziza Zahanor untuk dijadikan duta bagi produk kosmetik miliknya, SimplySiti.

Dedah Siti, pemilihan Zahra sebagai duta adalah bersesuaian dengan jenama tersebut.

“Setelah 11 tahun jenama ini berada di pasaran, buat julung kalinya, syarikat melantik duta. Zahra dipilih kerana dia memenuhi ciri-ciri yang diperlukan oleh jenama kosmetik ini. Setelah lebih sedekad berada di pasaran, saya yakin kehadiran Zahra akan memberi impak positif,” katanya.

Ketika ditanya mengenai penampilan Zahra yang tidak berhijab sebagai duta, Siti tenang menjawab perkara tersebut dan merasakan ia tidak menjadi isu utama.

“Sebenarnya ia tidak menjadi isu. Saya pun bermula daripada seorang yang bukan berhijab jadi saya saya lebih bersikap terbuka mengenai perkara ini,” katanya.

Malah, Siti turut mendedahkan pemilihan Zahra adalah disebabkan oleh personaliti dan kredibilitinya yang dilihat sesuai untuk membawa jenama kosmetik ini kepada pengguna di peringkat umur yang lebih muda.

“Pemilihan Zahra sebagai duta sangat bersesuaian dengan imej dan personaliti jenama kosmetik ini untuk mencuri hati anak-anak muda.

“Untuk membawa jenama kosmetik ini, saya melihat keperibadian dan kebijaksanaan. Bukan faktor berhijab atau tak itu adalah pilihan dirinya sendiri,” katanya lagi.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”