Selepas Pematah Hati, Vroom Vroom Lah Pula!

Nama Nabila Razali melonjak selepas Pematah Hati mendapat perhatian luar biasa dalam kalangan peminat tanah air.

Calon kategori Penyanyi Wanita Popular dan Pelakon TV Wanita Popular ABPBH 2018 ini bakal membuat kejutan sekali lagi dengan sebuah single tak lama lagi.

“ Disember ini, saya akan muncul dengan single bertajuk Vroom Vroom ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.

“ Jadual kerja saya yang padat membuatkan perancangan untuk memperkenalkan lagu itu lebih awal kepada peminat tertangguh,” katanya.

Tambah Nabila, dia masih menggunakan khidmat komposer yang sama iaitu Hael Husaini dan Ezra Kong. 

“ Saya percaya Ezra dan Hael memahami kehendak muzik dan irama bersesuaian untuk saya,” kata Nabila.

Cuma kali ini, Nabila memberitahu, dia serik untuk melakukan gimik bagi mempromosikan single terbarunya. Bukan apa, gimik Pematah Hati masih terasa kesannya sehingga ke hari ini.

SGMS Faida