Selepas ‘Sucker’, Kehidupan Jonas Brothes Bakal Difilemkan

Kumpulan adik beradik Jonas Brothers kini tampil dengan single terbaharu berjudul ‘Sucker’.

Kali terakhir muncul dengan single sekitar tahun 2013, Jonas turut mengumumkan mereka bakal tampil dengan sebuah filem dokumentari.

Membongkar kehidupan peribadi anggota Jonas iaitu Kevin, Joe dan Nick, dokumentari ini memberi kejutan kepada peminat mereka di seluruh dunia.

Bukan hanya mereka sahaja yang bakal berada di dalam dokumentari ini malah pasangan mereka Danielle Jonas, Sophie Turner and Priyanka Chopra Jonas turut tampil bersama.

“ Sebagai tanda penghargaan kepada peminat, kami mahu mereka mengenali kami adik beradik lebih dekat menerusi dokumentari ini,” kata Jonas dalam satu kenyataan.

Filem dokumentari yang bakal diterbitkan oleh Amazon Studios ini dilaporkan akan memaparkan kisah di sebalik tabir kumpulan ini dalam menjayakan konsert jelajah.

Buat masa ini tarikh tayangan masih belum dikeluarkan oleh pihak Amazon.

Kumpulan muzik berkenaan mengumumkan perpisahannya pada Oktober 2013 hanya beberapa hari selepas mereka membatalkan jelajah konsert serta menutup akaun di media sosial Twitter.

SGMS Faida