Featured By: Salma Syahbuddin January 26, 2023 @ 10:20am

Selepas Tunjuk Jari Tengah, Liyana Jasmay ‘Sound’ Rakan Industri – ” Kalau Logik Tak Payah Buat Cerita…”

Pelakon, pengarah dan penerbit, Liyana Jasmay, 35, sekali lagi menyuarakan rasa kesalnya selepas terdapat segelintir rakan industri yang mempersoalkan karya terbitannya.

Liyana berkata, soal logik atau tidak dalam sesebuah karya boleh mematikan kreativiti dalam kalangan orang-orang berseni.

Malah, jika karya berbentuk fiksyen soal logik tidak dititikberatkan kerana ia berlandaskan dunia fantasi.

“Macam mana nak buat cerita best kalau ada orang dalam industri suka tanya ‘logik ke?’ .

“Kau matikan minda kreativiti orang yang berseni. Kalau  logik, tak payah buat cerita fiksyen. Kau buat je cerita logik real alam dunia sebenar,” katanya.

Perkara itu dikongsi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 ini menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Rabu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis memberikan reaksi positif terhadap kenyataan yang diberikan pelakon yang popular menerusi filem Papadom ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by liyanajasmay (@liyanajasmay)

 

Terdahulu, tular foto aktres berkenaan tampil menunjukkan isyarat jari tengah beserta kapsyen yang agak ‘kasar’, bagaimanapun Liyana tidak menyebut mana-mana nama individu dan tidak tahu hantaran tersebut ditujukan kepada siapa.

“For you aciks mulut bawang, you perv and busybody outsiders!” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 5 Nov 2023

Derita Sakit Dalam Perut, Rupanya Tia Jinbara Hidap Barah Hati

“Saya mahu teruskan hidup” – Tia Jinbara

Hiburan Sun, 26 Nov 2023

Tahniah! Kongsi Berita Gembira Isteri Disahkan Hamil, Awie Bakal Timang Anak Ke-7

Alhamdulillah, semoga dipermudahkan proses kehamilan isteri Awie

Featured Tue, 30 Aug 2022
Featured Tue, 25 Oct 2022

“Saya Masih Single!” – Ini Ciri-Ciri Suami Idaman Shaza Bae

Hantaran Instagram Stories berbaur ’emosi’ yang dikongsikan oleh pelakon dan pengacara, Shaza Bae ketika menghadiri konsert Rizky Febian di Kuala Lumpur, baru-baru ini, menimbulkan tanda tanya. Ada sesetengah pihak beranggapan aktres cantik itu sedang memikirkan […]

Hiburan Wed, 17 Oct 2018

13 Tahun Menunggu, AKHIRNYA Gol & Gincu Vol 2 Ke Layar Perak!

Masih dengan tema persahabatan dan memperkasakan wanita, Umi memberitahu filem ini merupakan suara muda generasi kini!

Trending Sun, 22 Apr 2018

Merajuk Dengan Keluarga, Kanak-Kanak Bawa Diri Ke Bali Seorang Diri!

Emma berasa terkejut dan tidak boleh menjelaskan bagaimana perasaannya selepas mengetahui anaknya itu ke luar negara seorang diri dan menginap di Hotel All Season yang bertaraf empat bintang…Memang berani lah awak dik!

Featured Mon, 25 Jul 2022