Featured By: Fatin Nurain November 14, 2022 @ 12:50pm

Selesai Jalani Ibadah Umrah, Eina Azman Titip Ucapan Istimewa Untuk Suami.. Sebak Pula Bila Baca!

Pelakon Datin Paduka Eina Azman meluahkan rasa syukurnya selepas dapat menunaikan nazarnya untuk membawa suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet menjalani ibadah umrah, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Eina telah memuat naik video perjalanannya sepanjang menjalani ibadah umrah selama dua minggu di kota Makkah bersama suaminya.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon itu juga sempat menitipkan ucapan yang menyayat hati buat suaminya sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

“To my sayang @datopadukakaiser Alhamdullilah… Finally I dapat tunaikan nazar I untuk you di Makkah. Thanks for everything, Your effort nak belajar and stay Makkah for almost two weeks, I appreciate sangat.

“We both tak perfect, kita belajar sama-sama okay. Slowly but surely… Hope you happy with your belated anniversary gift. Love you so much sayangku. Insya-Allah kami akan datang lagi ke rumah-Mu,” tulisnya.

Terdahulu, Eina juga sempat memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya dan meminta mereka mendoakan urusan umrahnya dipermudahkan di sana.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya tersentuh dengan perkongsian tersebut dan sempat memuji kecantikan pelakon itu berhijab dengan sempurna.

“Tak tau kenapa.. Tapi I touching, perjalanan seseorang tak ada siapa yang tahu.. rahsia Allah swt, husband Eina dapat cium Hajar Aswad.

“Cantik sangat bertutup semua macam ni. Saya doakan awak akan menutup aurat dengan sempurna bukan cuma bila di Makkah dan Madinah. Amin.

“Masya-Allah…. Kenapa ya menitis airmata saya lihat Eina dan suami….. Barakallahu fiik.

“Sebak pula rasa. Semoga Datin dan Datuk dalam rahmat Allah sentiasa. Datin cantik sangat bertutup macsm tu. Semoga terus istiqamah,” komen pengikutnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 13 Mar 2018

Brave Men Save Puppies From Filthy Drain Despite Religious Restrictions

A few brave and kindhearted young men saved two stranded puppies in the dirty drain despite religious beliefs.

Featured Thu, 22 Dec 2022

Tidak Mahu Layan Permintaan Individu, Nama Ruhainies Di Senarai Hitam?

Hmm sampai macam tu sekali.. siapa agaknya kan?

Featured Fri, 28 Jul 2023
Trending Mon, 2 Apr 2018

(VIDEO) Huru-Hara Di Butik Victoria’s Secret Gara-Gara Sale. Nasib Baik Tak Runtuh!

Jadi memang betullah. Kadang-kadang bila ada jualan murah, sesetengah orang itu boleh hilang pedoman.

Hiburan Sun, 25 Feb 2018

Pelakon India SrideviI Meninggal Dunia

Mendiang menghembuskan nafas terakhirnya di sisi suami, Boney Kapoor dan anak perempuannya Khushi.