Hiburan By: SGMS Faida July 18, 2018 @ 3:58am

Selesai Merisik, Qi Razali Cari Tarikh Sesuai Bertunang

Tahniah! Selepas dua tahun bercinta pelakon Qi Razali akhirnya menghantar rombongan merisik ke rumah keluarga kekasihnya, Nia Atasha Rosli.

Akui Qi, dia bersyukur kerana proses merisik telah selesai dan keluarga mereka telah bertemu.

“ Saya masih mencari tarikh sesuai untuk hari pertunangan.

“ Tetapi buat masa sekarang saya masih tidak mempunyai tarikh yang sesuai. Mungkin kami akan bertunang pada tahun ini,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran single baharu kumpulan OAG, di Cofee Bean Midvalley, Kuala Lumpur.

Kata Qi, jika tarikh telah diputuskan, dia akan segera umumkan pada semua.

“Saya berharap agar semuanya akan dipermudahkan,” katanya.

Qi juga akui dia cukup teruja untuk ke langkah seterusnya memandangkan dia bukannya muda lagi dan juga mahukan ada anak sendiri.

Pasangan sama cantik sama padan ini menjalinkan hubungan cinta sejak hampir dua tahun lalu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Ara Johari Ulang Kejadian Tahun Lepas Di AJL 33?

Lagu Bunga yang merupakan antara killer song pada malam ini ternyata membuatkan rata-rata penonton kecewa.

Events Tue, 26 Mar 2019

Ini Senarai Pemenang Drama Pendek DFKL Peringkat Sekolah Menengah, Tahniah!

Tahniah kepada semua pemenang, korang memang hebat!

Trending Mon, 18 Apr 2022

“Selepas Rawatan Ke-4, Kulit Muka Seperti Bersisik…” – Wanita Mengadu Sakit Selepas Jalani Rawatan Drip Pemutih Kulit

Kerana ingin cantik, kesan buruk masa jangka panjang menggunakan drip pemutih kulit.

LIFESTYLE Thu, 28 Mar 2019

The Capella Hotels & Resorts: A 5-Star Effort in Attaining Excellent Sustainability

The Capella Hotels & Resorts are committed to caring for the environment.

Hiburan Thu, 25 May 2023
Hiburan Fri, 18 May 2018
Hiburan Mon, 11 Mar 2019

‘Jodoh Saya On The Way Kot’- Wan Sharmila Tak Memilih Calon Suami

10 tahun bersendiri, Wan Sharmila atau lebih mesra dengan panggilan Lala kini serius mencari pasangan hidup.

| Live TV