Selfie Depan Jenazah Bapa, Wanita Ini Dikecam ‘Kaw Kaw’

Ini bukan pertama kali kes macam ini berlaku. Bagaimana perasaan kamu sebagai seorang anak tergamak berswafoto di hadapan bapa yang sudah meninggal dunia? Ish…

Terbaru, seorang wanita yang juga model dikecam selepas mengambil gambar swafoto di hadapan bapanya yang meninggal dunia di hospital.

Berlatar belakang bapanya yang terbarung kaku Jelica Ljubicic berswafoto.

Difahamkan, bapa model berkenaan baru sahaja meninggal dunia, sebelum gambar swafoto itu dirakamkan.

Gambar tersebut kemudian dimuat naik di media sosial sebelum Jelica menerima kecaman daripada netizen di atas tindakannya itu.

Menerusi keterangan gambar, Jelica menulis mengenai luahan hati terhadap bapanya.

“Ayah… semadilah dengan aman. Kita telah berjuang selagi yang kita boleh, tetapi bukan kita menentukan takdir.

“Kita tidak dapat menentukan berapa lama kita akan hidup. Dia meninggalkan kami selepas hidup selama 67 tahun.

“Terima kasih di atas segalanya. Saya bersyukur menjadi anak kamu dan mempunyai kamu sebagai ayah,” tulisnya.

Hurm, rasanya tak perlulah bertindak begitu. Agak kurang sopan dan bila dimuatnaik di sosial media, memang jadi bahan kecaman lah kan?

Gambar itu kemudian telah dipadam selepas menerima banyak kecaman daripada netizen. Lain kali, fikir dulu sebelum muatnaik ok? Kan dah kena…

SGMS Faida