Featured By: Arfah December 14, 2021 @ 1:39pm

“Seluruh Kehidupan Berubah Sebab Covid-19” – Hampir Pulih Sepenuhnya, Aishah Kongsi Kehidupan Berubah Lebih Baik

Penyanyi Aishah berkongsi tahap kesihatannya kini semakin baik selepas menghidap wabak Covid-19.

Menerusi hantaran Instagram, Aishah, 56, berkongsi seluruh kehidupannya berubah semenjak dijangkiti pada penghujung Ogos lalu.

“Seluruh kehidupan I berubah bersebabkan Covid-19. Insya-Allah kepada yang lebih baik. Alhamdulillah setakat ini sudah hampir 100 peratus pulih,” tulis Aishah

Walaupun tiga bulan telah berlalu, wabak itu telah menjejaskan suara serta kesihatannya dan Aishah sering berasa penat.

“Dulu kalau mengaji, boleh terasa suara seolah semput dan tidak berapa stabil, sangat mengerikan. Tapi sekarang dah tak ada ‘suara goyang’ tu,” tulis Aishah.

Pelantun lagu Pulanglah itu juga mengatakan dia sudah boleh melakukan pelbagai kerja tanpa berhenti untuk berehat kerana sebelum ini dia cepat berasa penat.

“Rutin harian yang agak sibuk walaupun di rumah sudah boleh dilakukan tanpa banyak kali kena berhenti dan baring,” kata Aishah.

Dalam hantaran sama, Aishah turut mengucapkan penghargaannya kepada semua petugas barisan hadapan yang merawat dan menjagannya selama 12 hari di hospital.

 

Rata-rata peminat turut berkongsi rasa kesyukuran mereka kerana Aishah sudah beransur pulih untuk berkarya semula menerusi komen yang ditinggalkan.

 

Aishah disahkan positif wabak Covid-19 pada 30 Ogos lalu dan mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

Dia yang sering berkongsi tentang keadaan semasanya menamatkan rawatan di hospital pada 10 September.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 May 2020

Ubah ruang tamu kepada ruang kerja, hasilnya amat mengagumkan

Kerja lebih lancar, mutu pun terpelihara

Featured Mon, 6 Apr 2020
Trending Sun, 11 Nov 2018

Air Minuman Jenama Tempatan Yang Diimport Dari Malaysia Ditarik Balik

Air Minuman Jenama Tempatan Ditarik Balik Selepas Didapati Mengandungi ‘Bakeria Alam Sekitar’

Featured Wed, 4 Jan 2023
Hiburan Sun, 31 Dec 2017

ZUL ARIFFIN AKUI SUDAH HILANG ARAH

Semoga Zul Ariffin terus tabah dalam menjalani kehidupan pada masa hadapan

Trending Sat, 27 Mar 2021

Selamat Bernikah, Neelofa Sah Isteri PU Riz

Dengan sekali lafaz, usahawan dan selebriti popular, Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pendakwah selebriti, Haris Ismail, 26, atau PU Riz. Proses ijabkabul tersebut disempurnakan oleh adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor selaku wali di

TECH Tue, 22 Jan 2019

Skip the Crowded Supermarkets this Year by Simple Using HappyFresh’s Delivery Service

There’s no need to drive out, search for parking, and then squeeze through crowds in supermarkets anymore.

Trending Sun, 31 Oct 2021

Kembali Untuk Musim Terbaharu, Jangan Lupa Saksikan Lagu Cinta Kita 3 Malam Ini!

Lagu Cinta Kita 2 telah mencatat rekod kadar tontonan yang tinggi dan trending ketika bersiaran pada era pandemik Covid-19 tahun lepas. Selepas program itu melabuhkan tirai, finalis-finalis juga mula mengorak langkah dalam industri hiburan tanah

Trending Thu, 17 Dec 2020

| Live TV