Hiburan By: SGMS Faida September 18, 2018 @ 3:53pm

‘Semalam Di Malaya’ Tak Mengecewakan, Antara Konsert Terbaik Tahun 2018

Hebat! Tak terasa langsung waktu berjalan sejak dari lagu pertama didendangkan. Kesemua karya klasik gubahan orkestra pimpinan Ahmad Muriz Che Rose ini wajar diberi standing ovation. Tiada cacat cela sepanjang persembahan berdurasi 2 jam itu.

Persembahan bermula tepat pada jam 3 petang dengan lagu Semalam Di Malaya diikuti karya hasil Zubir Said, Sayang Di Sayang.

Vokal bertenaga Liza Hanim yang memulakan persembahan tidak langsung ‘tergugat’ biarpun penyanyi berusia 39 tahun ini sedang sarat mengandung. Vokal Liza dalam membawakan lagu-lagu klasik sememangnya pilihan paling tepat. 

Usai kemunculannya dalam busana putih mewah, Liza cemerlang membawakan dua buah lagu tanpa mempamerkan riak letih. Malah nampak cukup bertenaga di lagu kedua iaitu Sayang Di Sayang.

Kemunculan penyanyi Aishah menerusi lagu Setangkai Kembang Melati yang bertenaga kembali menaikkan energi para penonton di sana.

Tampil dengan dress labuh berwarna biru tua, jenaka Aishah sesekali mengundang tawa penonton yang hadir.

“ Saya kelihatan macam patung di atas kek pengantin malam ini bukan?,” katanya sambil tertawa.

Aishah, Liza Hanim, Musly Ramlee dan Rachel Guerzo turut berduet dengan lagu Joget Malaysia dan Getaran Jiwa.

Persembahan Musly dan Rachel Guerzo tidak perlu dipertikaikan lagi. Kemunculan dua figura hebat ini di pentas DFP bukanlah untuk pertama kali. 

Tambahan, aura yang dibawa Musly cukup kuat ketika menyanyikan tiga buah lagu medley, Nak Dara Rindu, Di Mana Kan Ku Cari Ganti dan Kwek Mambo. Kami seolah-olah sedang menonton Allahyarham Tan Sri P. Ramlee membuat persembahan. Memang terasa dekat dengan lagenda itu! 

Antara lagu lain yang turut didendangkan pada konsert Semalam Di Malaya adalah Hujan Di Tengahari, Tunas Kasih, Airmata Berderai, Gadis Idaman, Tanah Pusaka dan Jelingan Manja.

Apa yang kami dapat simpulkan di sini, Konsert Semalam Di Malaya meninggalkan seribu kenangan teristimewa dalam kalangan penonton.

Apa tidaknya, rata-rata penonton tersenyum kepuasan sewaktu melangkah keluar dari dewan. Tahniah buat semua pasukan MPO dan penyanyi terlibat! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Dec 2018
Hiburan Sun, 10 Dec 2017

Mia Ahmad Redha Dengan Ujian Allah

Mia Ahmad Redha Dengan Ujian Allah dimana beliau keguguran dan tabah menghadapi dugaan yang menimpa

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

PELIK KIRIMAN ‘KASIH’ KIM KARDASHIAN

  Hari Kekasih atau Valentine’s Day selalunya disambut dengan kiriman hadiah kepada pasangan masing-masing atas rasa kasih sayang. Tetapi lain pula bagi aktres Hollywood terkenal, Kim Kardashian. Isteri kesayangan penyanyi rap, Kanye West ini nampaknya

Featured Thu, 23 Jun 2022
Featured Thu, 27 Oct 2022

Tampil Dengan Melodi Rancak, Lagu ‘Aduhh!!!’ Menjadi Kolaborasi Pertama Douglas Lim & SonaOne

Tidak pernah diduga, pelawak, pelakon dan penyampai radio Douglas Lim ternyata mempunyai impian untuk menerbitkan lagu hip hop nyanyiannya sendiri. Impiannya itu telah berjaya direalisasikan menerusi sebuah projek khas terbitan Def Jam Malaysia bersama Alternate

| Live TV

error: Content is protected !!