Events By: Salma Syahbuddin September 23, 2018 @ 10:00am

Semarakkan Anugerah Skrin Dengan Menyaksikan Drama-Drama Terbaik 2018!

Anugerah berprestij anjuran TV3,  Anugerah Skrin 2018 kini kembali! Bagi menyemarakkan lagi Anugerah Skrin 2018 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, TV3 bakal menyiarkan enam drama terbaik antaranya Fatonah Azali, Qalbu, Aku Nazmi, Tulus Cinta, Dosa Perempuan dan Kasih Seorang Ayah mulai 22 September ini. Drama-drama ini akan disiarkan di slot Cerekarama, Istimewa sempena Anugerah Skrin 2018, setiap hari Sabtu, pukul 9 malam.

Masih kekal dengan objektif penganjurannya sejak tahun 1994, Anugerah Skrin 2018 meneruskan usaha mereka untuk memartabatkan industri seni dengan memberi pengiktirafan kepada para karyawan dan penggiat seni tanah air serta membuka ruang kepada stesen TV lain untuk sama-sama terlibat dalam anugerah berprestij ini.

Pengarah Penjenamaan, Kandungan Dan Strategi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Cik Sherina Nordin berkata, 

“Anugerah Skrin masih unggul sebagai satu platform yang bukan sekadar mengiktiraf pelakon sebagai watak utama dalam penghasilan sesebuah drama atau filem. Malah tenaga kerja di sebalik tabir dalam sesebuah penerbitan itu turut sama menerima pengiktirafan atas usaha mereka. Mereka juga layak setelah bertungkus lumus mengerah tenaga dan idea demi memberi kepuasan dan karya terbaik kepada penonton. Kami berterima kasih kepada pihak produksi dan rakan penyiar lain yang sentiasa memberi sokongan terhadap penganjuran Anugerah Skrin, Semoga para karyawan akan terus menghasilkan karya-karya terbaik untuk mengangkat industri seni tanah air ke peringkat yang lebih tinggi.” Katanya

Antara enam drama pilihan yang bakal disiarkan juga merupakan antara pencalonan awal yang diterima dan dijangka dapat memberikan saingan hebat semasa ASK 2018 nanti, anataranya :

  1. FATONAH AZALI, 22 SEPTEMBER

Azali pulang ke kampung halamannya, setelah sekian lama meninggalkan kampung untuk mencari kehidupan yang lebih baik di Kuala Lumpur. Dia terkejut apabila mendapat tahu ayahnya, Pak Tam akan menjaga Fatonah, seorang gadis terencat akal iaitu anak  arwah Dato Hussein atas sebab terhutang budi. Bagaimanapun kehidupan Fatonah berubah bilamana, Pak Tam meninggal dunia dan mengamanahkan Azali menjaga Fatonah dengan baik. Untuk mengelakkan fitnah orang kampung, Azali memgambil keputusan untuk bernikah dengan Fatonah.

Pelakon: Nad Zainal, Redza Rosli, Raja Azura, Sharifah Sakinah, Mustaqim Bahadon, Zaibo, Kay Maria.

Produksi: Tanah Beris Film Sdn Bhd 

Pengarah: Shuhaimi Lua 

Penulis Skrip: Marziah Manaf

   2. QALBU, 29 SEPTEMBER

Kasih sayang Kasih dan Aiman dua adik beradik yang terpisah di sebalik tembok penjara dengan dengan ayah mereka Kamal. Kamal seorang ayah yang sangat baik tetapi telah dipenjarakan atas kesalahan kes rasuah yang dirancang oleh isterinya sendiri iaitu Salina. Salina juga menjalinkan hubungan sulit dengan Syukri yang juga seorang akauntan di syarikat Kamal. Demi mengejar kemewahan, Salina memaksa Kamal melakukan rasuah untuk mendapatkan projek besar dan akhirnya Kamal dipenjarakan.

Pelakon: Faizal Hussein, Izuan Fitri, Qistina Raisah, Fauzi Nawawi, Wan Maimunah, Fasha Sandha.

Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd 

Pengarah: Reza Baharudin

Penulis Skrip: K. Adlie

    3. AKU NAZMI, 6 OKTOBER

Walaupun cacat, Nazmi mampu berdikari sendiri dengan menjalan perniagaan secara online dengan dibantu sepupunya, Rafi. Nazmi menjadi ikon kepada rakan-rakan yang senasib dengannya. Sewaktu menghantar pesanan barang kepada pelanggannya, Ilya, Nazmi tertarik dengannya. Namun ibu Ilya, Juha, soerang OKU juga (bisu), tidak bersetuju dengan hubungan Ilya dan Nazmi. Ibu Nazmi, Ani, menasihati Nazmi supaya jangan terlalu menaruh harapan tinggi kerana dia sudah mendengar sendiri daripada mulut Ilya yang ibunya tidak bersetuju hubungan mereka. Nazmi akur yang jodohnya dengan Ilya tidak berpanjangan kerana Ilya kini bahagia dengan seorang pemuda lain.

Pelakon: Jay Izwazir, Ayda Jebat, Dayana Roza, Sheila Rusly

Produksi: JS Pictures Sdn Bhd 

Pengarah: Azman Yahaya 

Penulis Skrip: Sofia J. Rhyland

    4. TULUS CINTA, 13 OKTOBER

Maira mula menyendiri apabila mengetahui yang dia disahkan leukimia. Pertemuannya dengan Azim yang membantunya ketika rebah mengeratkan lagi hubungan mereka. Pada mulanya, Azim tidak mengetahui bahawa Maira menghidapi Leukimia sehinggalah suatu hari Maira kembali lemah dan dirawat dihospital. Hana, kekasih Azim mula curiga dengan tingkah laku Azim. Hana mula mengekori Azim dan akhirnya dia mengetahui yang Azim kini berkawan baik dengan Maira. Hana cuba untuk merebut haknya sebagai teman wanita Azim daripada Maira. Maira merasa tertipu dengan perbuatan Azim kerana selama ini Azim tidak pernah berterus terang. Maira rasa dipermainkan oleh Azim. Namun Azim punya sebabnya tersendiri, hatinya sudah terpaut kepada Maira. Maira adalah wanita sempurna di matanya.

Pelakon: Amar Asyraf, Siti Elizad, Puteri Aishah, Anne Abdullah, Fazlina Ahmad Daud, Aman Graseka, Shuhanty DFKL

Produksi: Sha’s Media Sdn Bhd 

Pengarah: Ellie Suriaty 

Penulis Skrip: Shahremy Ikmal

    5. DOSA PEREMPUAN, 20 OKTOBER

Nik diminta mengendalikan sebuah kes pembunuhan oleh seorang lelaki bernama Daud. Daud telah dituduh bersalah membunuh kawan baiknya sendiri iaitu Azali.  Sekiranya Daud didapati bersalah, dia akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Suatu hari Nik terpaksa meninggalkan rumah untuk beberapa minggu atas urusan kerja. Sepanjang pemergian Nik, isterinya, Aimi berkenalan dengan seorang wanita bernama Tasha. Nik tidak sedap hati dengan kehadiran Tasha. Pada masa yang sama, Daud masih lagi mendiamkan diri dan tidak  mahu  membantu  siasatan  polis. Dia mengatakan sekiranya pihak polis mahu jawapan sebenar, pihak polis perlu membawa kekasihnya sebagai saksi. Pihak polis mula membuat pencarian tentang kekasih Daud dan rahsia di sebalik pembunuhan Azali akhirnya terbongkar.

Pelakon: Nad Zainal, Mira Filzah, Redza Rosli, Aidit Noh, Adik Mitilda

Produksi: Zeel Production Sdn Bhd 

Pengarah: Murali Abdullah 

Penulis Skrip: Syed Muhamad Taufik

    6. KASIH SEORANG AYAH, 27 OKTOBER

Pak Yusof, seorang penulis khat termasyur, mula rasakan yang sudah tiba masanya supaya anaknya, Husin, meneruskan perniagaan tulisan khat miliknya. Pak Yusof meminta Husin membantunya untuk menyiapkan tulisan khat yang ditempah oleh Hj Hatta. Namun, Husin tolak pelawaan Pak Yusof kerana dia sudah dapat kerja baru di bandar. Pak Yusof terpaksa siapkan tulisan khat itu secara sendirian. Dalam diam, Pak Yusof rasa sedih apabila melihat Husin, satu-satunya anak lelaki harapan langsung tidak minat untuk meneruskan legasi seni tulisan khatnya itu. Ketika di pejabat, Husin dikejutkan dengan satu panggilan dari isterinya, Aminah, yang memberitahu ayahnya, Pak Yusof tidak pulang ke rumah sejak keluar pagi tadi. Pak Yusof sebenarnya lupa jalan untuk pulang.

Pelakon: Eman Manan, Shukri Yahaya, Mia Ahmad, Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar

Produksi: Macheallstar United Sdn Bhd 

Pengarah: Dato Ahmad Tarmimi Siregar 

Penulis Skrip: Sham Hashim

Drama-drama hebat ini akan bermula pada 22 September ini. Ikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube,  @tv3malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Dec 2021

V BTS Tak Sengaja Follow Jennie BLACKPINK Di Instagram, Ramai Peminat Kecewa & Marah.. Sampai Ada Yang Kecam!

Baru-baru ini, ahli kumpulan K-Pop popular BTS telah mula membuka akaun Instagram individu mereka. Belum sampai seminggu, sudah berlaku kontroversi apabila salah seorang dari ahli BTS, V mengikuti Jennie dari kumpulan BLACKPINK. Seperti ahli-ahli BTS […]

Hiburan Thu, 25 Jan 2018

Farid Kamil Tak Mengaku Salah Ambil Dadah

Farid Kamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya

Events Mon, 25 Nov 2019

妇唱夫随!李李仁为陶晶莹站台献大马处女唱

陶晶莹演唱会引领全场走入时光隧道,特别嘉宾「姐夫」李李仁也卯足全力,以吉他为爱妻伴奏,随后又开口献唱,夫妇俩携手上演一场游走弹唱的甜蜜戏码!

Hiburan Sat, 22 Jun 2019

Alif Satar Tak Sabar Tunggu Baby ‘A’

Alif Satar berkongsi rasa teruja bakal menimang anak lelaki tidak lama lagi.

Hiburan Thu, 31 Oct 2019

韩国天团 EXO五巡!1214引爆吉隆坡亚通体育馆

韩国超级天团EXO五巡《EXO PLANET #5 – EXPLORATION》即将今年12月14日,傍晚6时,引爆吉隆坡亚通万人体育馆!

Hiburan Wed, 27 Jun 2018

Gambar David-Victoria Lenyapkan Kontroversi Cerai

Walau bagaimanapun, selepas tiga hari pertunjukan Minggu Fesyen Paris itu berlangsung, bekas anggota kumpulan Spice Girls ini memuat naik gambarnya bersama suami, David Beckham.

Hiburan Wed, 23 May 2018

Kilafairy Dikecam Kerana Berpakaian Ketat, Nak Tayang Apa Tu?

Gambar tersebut juga seterusnya menimbulkan perbalahan apabila Kilafairy turut membalas komen netizen dalam bentuk sindiran

Featured Tue, 30 Nov 2021

Lelaki Maut, 5 Cedera Dirempuh Pemandu Mabuk

Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya dirempuh sebuah kereta dipercayai dipandu pemandu mabuk di persimpangan lampu isyarat Klebang, Melaka pada Isnin. Perkongsian itu dimuat naik di laman Facebook oleh Siti Aisyah Mahmood yang menunjukkan […]

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

Suami Lufya Tampil Perjelas Isu Tidak Hadir Ke Mahkamah

Kita semua harap perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik kan?

Hiburan Tue, 19 Dec 2017

UPDATE: SHINEE’S JONGHYUN LEAVES HEARTBREAKING SUICIDE LETTER

Jonghyun had specifically rented out an apartment for his suicide. He also left a letter which he wanted everyone to read.

| Live TV