Events By: Salma Syahbuddin April 27, 2022 @ 2:12pm

“Sembunyi Bukti & Berbohong Kepada Pihak Polis” – 6 Rakan Didakwa, Punca Kematian Tangmo Nida Akhirnya Terjawab!

Spekulasi mengenai kematian aktres popular Thailand, Tangmo Patcharaveerapong akhirnya menemui jawapan.

Memetik laporan Thaiger, setelah siasatan dijalankan selama berbulan-bulan akhirnya lima suspek yang juga rakan mendiang didakwa dengan pelbagai kesalahan termasuklah berbohong kepada pihak polis dan menyembunyikan bukti.

Menurut Ketua Polis Lt, General Jiraphat Phumpicit, pihaknya telah menolak kes tersebut sebagai kes pembunuhan sebaliknya, membuat kesimpulan bahawa kematian Tangmo adalah disebabkan kecuaian seseorang yang berada di atas bot tersebut.

Bagaimanapun, suspek tidak dapat dikenal pasti dan menyifatkan insiden tersebut sebagai kemalangan.

“Tangmo tidak jatuh ke dalam sungai dengan kecuaian sendiri tetapi ada seseorang yang menyebabkan kecuaian tersebut terjadi sehingga menyebabkan kematiannya,” katanya.

Sand ATAU Gatick?

Tambahnya lagi, Sand atau nama sebenarnya Wisapat Manomairat telah mendakwa Tangmo telah pergi ke belakang bot untuk kencing namun, polis tidak menyatakan sama ada dakwaan Sand itu benar atau palsu, dan mereka juga tidak menuduhnya memberikan kenyataan palsu.

Sementara itu, polis turut mengesahkan bahawa gambar yang diambil mendiang bersama pengurusnya, Ithsarin Jutha Suksawat atau Gatick di hadapan Jambatan Rama VII juga menunjukkan waktu yang tepat dan tidak palsu seperti yang digembar-gemburkan.

Polis beri analisis kejadian termasuk bukti dari telefon Tangmo

Pihak polis turut membentangkan garis masa terperinci berkenaan peristiwa insiden mendiang termasuklah analisis laluan bot mengikut GPS, serta pelbagai imej yang diambil dari telefon aktres tersebut.

Pihak polis sahkan kes telah selesai…

Dalam sidang media itu juga, Jiraphat mengesahkan kes itu telah selesai. Bagaimanapun, ini adalah langkah seterusnya dalam proses kehakiman di mana polis mesti menyerahkan laporan dan bukti mereka kepada pendakwa raya supaya keputusan kes dapat dibuat.

335 bukti dibentangkan

Polis juga turut menyerahkan bukti terkumpul mereka kepada pihak pendakwa raya dalam bentuk lapan fail besar yang mengandungi 335 keping bukti, termasuklah 47 dokumen daripada dua laporan bedah siasat, 88 keping bukti fizikal, 200 video, termasuk rakaman daripada 70 kamera CCTV, dan 2,000 dokumen dengan jumlah hampir 2,500 muka surat.

Bagaimanapun, setakat ini polis membebaskan sementara kesemua 6 suspek sehingga kes dibicarakan di mahkamah pada 27 Mei ini.

Terdahulu, pada 24 Februari 2022 Tangmo Nida dilaporkan terjatuh dari bot laju dan lemas di Sungai Chao Phraya berhampiran wilayah Nonthaburi di utara Bangkok.

ARTIKEL BERKAITAN:Gatick Padam Kiriman Teks Untuk Lacurkan Tangmo Terbongkar

ARTIKEL BERKAITAN:Wisapat Sand Dilarang Tinggalkan Thailand, Terpalit Pertuduhan Kecuaian Menyebabkan Kematian Tangmo Nida

ARTIKEL BERKAITAN:Pengurus Tangmo Nida, Gatick Mengaku Beri Keterangan Palsu

ARTIKEL BERKAITAN:Hasil Bedah Siasat Terbaharu Kematian Tangmo Nida Pula Didedahkan!

 

Sumber:TheThaiger

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 25 Jan 2018

孙燕姿真的怀孕了!微博报喜「我已胖若两人」

过去几个月,孙燕姿时常穿着宽松衣着让网友起疑已怀老二,唯她没有正面回应。而她今日一早,在微博上发帖“是的,我已胖若两人”并晒出一张小腹微隆的大肚照,首度公开承认怀二胎喜讯。

Hiburan Sun, 2 Jun 2019
Featured Tue, 23 Aug 2022
Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Hiburan Sat, 18 Jun 2022

Dikhabarkan Menderita Kanser, Adibah Noor Meninggal Dunia

Salam takziah untuk keluarga Adibah Noor.

Featured Thu, 17 Mar 2022

Kejam! Viral Pengasuh 50 Tampar Bayi, Pukul Guna Sudip! Ini Kenyataan Polis, Rupa-Rupanya…

Kelu lidah Min untuk berkata-kata.. 😣😞 Timbul lagi kes penderaan bayi dan kanak-kanak..

Hiburan Fri, 31 Jan 2020

Ruhainies Bengang Dengan Kedutaan Malaysia Di Filipina

Terkandas di Manila akibat letusan gunung berapi di sana pada awal Januari lalu, Ruhainies meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan pihak Kedutaan Malaysia di Filipina. Menurut Ruhainies, apabila dia menghubungi Kedutaan Malaysia untuk meminta pertolongan ianya dibalas

| Live TV

error: Content is protected !!