“Semoga Karya Aku Hasilkan Jadi Inspirasi Kepada Anak Muda” – M Nasir

Penyanyi dan komposer legenda, Datuk M Nasir meluahkan rasa teruja apabila bakal beraksi di festival Tamasya Anak Muda pada 5 dan 6 Januri depan.

Menurut M Nasir, peluang untuk berada bersama bakat-bakat baharu di satu pentas adalah momen yang berharga seiring dengan kepelbagaian muzik yang harus dinikmati setiap lapisan.

“Bukan selalu aku beraksi bersama anak-anak muda di dalam suatu acara.

“Tapi aku percaya bahawa keindahan muzik itu tidak mengira umur dan harus dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat dan rakyat jelata,” tulisnya.

Dalam pada itu, pencipta lagu popular Tiara ini juga berharap karya-karyanya menjadi contoh buat anak muda kini.

“Semoga karya-karya yang aku hasilkan menjadi inspirasi kepada anak-anak muda masa kini dan masa hadapan.

“Kali ini aku cuba memberikan persembahan yang bertenaga seperti anak-anak muda ini! Mana suara para Sahabat M.Nasir?,” tulisnya di platform X.

Festival Tamasya Anak Muda yang bakal berlangsung di Jiospace, Petaling Jaya itu akan menyatukan pelbagai bakat-bakat tempatan dalam satu platform.

Di atas pentas, pengunjung akan disajikan dengan persembahan langsung daripada artis-artis dan kumpulan ternama seperti Leaism, Amir Jahari, Arish Mikael, Pitahati, Margasatwa, Satwo, Iqbal M., Fazleena & The Lasykar, dan Jemput Dengar (DJ).

Tamasya Anak Muda dianjurkan oleh Luncai Emas ini merupakan pintu kepada revolusi budaya yang diilhamkan oleh seni dan muzik. Ia meraikan kepelbagaian dan perpaduan antara tradisi dan kekinian dalam satu platform untuk menggerakkan minda generasi muda.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini serta pembelian tiket, sila layari www.jiotix.asia

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Peminat Rebut Gelaran Penyanyi Nombor Satu, M Nasir Beri Respons – “Peminat Yang Tentukan Layak Atau Tidak”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Salah Buat Konsert Jika Tak Ada Album” – M Nasir

ARTIKEL BERKAITAN: Gandingan Legenda! M Nasir, Hattan Berkongsi Pentas Dalam Konsert Sifu Dan Aku

ARTIKEL BERKAITAN: #SFMM38: M Nasir & Ziana Zain Bakal Rebut Tempat Ke Pentas AJL, Beri Saingan Pada Komposer & Penyanyi Lain

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Tak Menyesal Ke Tak Pergi Konsert Aina Abdul?” – Soalan ‘Sempoi’ M Nasir Buat Ramai Terhibur!

Khairil Khusyairi