Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Yang Kedua, Juliana Evans Kongsi Foto Romantis Majlis Resepsi

Pelakon, Che Puan Juliana Evans  telah memuatnaik beberapa gambar sewaktu majlis resepsi perkahwinannya di akaun Instagramnya @julianaevans dan membuat ucapan ringkas sempena ulang tahun perkahwinanannya yang kedua semalam buat suami tercinta, Tengku Shariffudin Shah Tengku Shah Al-Hajj.

“Selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua sayang,” tulis Juliana sebagai kapsyen entri instagram tersebut. 

Ruangan komen entri instagram tersebut mendapat 19k ‘likes‘ dan dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan artis dan warganet yang turut mendoakan kebahagiaan yang berpanjangan bagi Juliana dan suami. 

Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 30 April 2017 manakala majlis resepsi bertemakan perkahwinan tepi pantai diadakan pada 17 November 2017, enam bulan selepas bernikah. 

Pada 12 Julai yang lalu, mereka menimang cahaya mata pertama yang dinamakan Tengku Kamiliah Zanariah. 

Baca: Sekitar Majlis Aqiqah anakanda Che Puan Juliana Evans

Untuk berita perkahwinan atau gosip percintaan selebriti tanah air mahupun antarabangsa, boleh layari www.mahligaicinta.my

Kredit Foto: Instagram @julianaevans

Del14