‘Semua Salahku’- Keluarga Jadi Punca Pelakon Baru Ini Berdepan ‘Masalah’ Disiplin?

Seorang pelakon baru yang namanya semakin meningkat naik dikhabarkan mempunyai masalah disiplin. Eh, betul ke ni?

Tapi korang tak perlu risau sebab semuanya adalah gimik untuk lakonan terbaru Nafiz Muaz dan Fasha Sandha di slot Lestary yang bakal bersiaran 11 Julai ini.

Drama Semua Salahku menampilkan pelakon baru yang semakin meningkat naik iaitu Haris Muaz dan pelakon otai seperti Fasha Sanda dan Fauziah Nawawi.

Kisah seorang ibu yang sanggup abaikan anaknya demi lelaki kaya

Drama ini mengisahkan Haris (Nafiz Muaz) seorang remaja yang mula memberontak apabila ibunya, Sofea lakonan Fasha Sandha  mengabaikan dirinya kerana terlalu sibuk mengejar lelaki kaya dan mahu hidup senang. Ketika Haris (Nafiz Muaz) masih kecil, bapanya meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta menyebabkan ibunya, Sofea (Fasha Sandha) terbeban kerana terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan.

Sofea kemudianya berkecimpung dalam bidang solekan untuk menambah pendapatan Sofea. Malangnya, kasih sayang dan keperluan Haris mula terabai apabila Sofea berkahwin dengan Iqbal. Namun perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila Iqbal terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan Sofea kehilangan wang simpanannya.

 Sofea tidak mahu berterusan hidup susah dan menghabiskan wangnya untuk pergi ke Spa demi untuk menjaga penampilannya agar dapat mencari lelaki kaya. Haris yang dahulunya seorang pelajar cemerlang mula terlibat dengan masalah disiplin  kerana sering diabaikan Sofea. Haris mula bergaul dengan Naim, seorang mat rempit yang terlibat dalam kegiatan merompak kerana dia mahu memenuhi kehendak Mira (Intan Najuwa) gadis yang diminatinya.

Adakah Haris, pelajar cemerlang akan terus tersasar jauh daripada landasan kebaikan dek terabai oleh kasih sayang seorang ibu? Adakah Sofea akan tersedar daripada angan-angannya?

Saksikan Semua Salahku di Slot Lestary

Jangan lupa tonton 13 episod drama arahan Along Kamaludin ini yang turut dibarisi pelakon hebat Fauziah Nawi, Intan Najuwa, NafiezZaidi, Neera Azizi, Dayang Areeda, Syed Aiman, Adiba Yunus dan ramai lagi setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9.00 malam hanya di TV3!

Korang juga boleh layan drama ni dekat Youtube TV3Malaysia

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”