Featured By: Aqilah Paharuzi June 27, 2022 @ 7:41pm

#SeoulSaranghae: Pasangan Drama Popular ‘Crash Landing On You’, Hyun Bin & Son Ye-jin Sah Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Pasangan bahagia selebriti Korea, Hyun Bin dan isterinya, Son Ye-jin mendedahkan kepada umum mengenai kehidupan rumah tangga mereka yang bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka.

Perkongsian yang paling dinantikan oleh peminat mereka itu dimuat naik menerusi satu hantaran di Instagam milik Ye-jin pada petang Isnin.

Menerusi ruangan kapsyen, Ye-jin yang memberi sapaan mesra buat peminat mengakui berasa teruja untuk menceritakan berita gembira itu.

“Semua baik-baik sahaja kan? Saya baik-baik sahaja. Hari ini, dengan hati-hati saya ingin berkongsi khabar gembira.

“Satu kehidupan baru telah datang dalam hidup kami. Saya masih agak pening, tetapi saya merasakan perubahan dalam badan saya setiap hari dengan kebimbangan dan keterujaan,” tulisnya.

Pihak agensi Ye-jin sebelum ini menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya kini hamil, namun jelas aktres drama popular Netflix, Thirty Nine itu, dia tidak bermaksud untuk menyembunyikan berita gembira tersebut.

Malah, baru sekarang dia tampil berani mengumumkan khabar gembira termasuk kepada kenalan terdekatnya.

“Saya sangat bersyukur tetapi sangat berhati-hati jadi saya belum dapat beritahu orang-orang terdekat.

“Sebelum terlambat, saya kongsikan berita gembira ini bersama peminat dan kenalan yang pasti sudah menunggu sama seperti kami. Kami akan menjaga dengan baik nyawa yang sangat berharga ini,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 손예진 (@yejinhand)

Sementara itu, menerusi ruangan komen di posting terkini Ye-jin, peminat dari seluruh nampaknya begitu teruja dengan perkhabaran tersebut.

Sehingga kini, nama Ye-jin kekal trending di laman sosial Twitter sejak pengumuman mengenai kehamilan aktres itu didedahkan.

Untuk rekod, pasangan drama popular Crash Landing On You ini mendirikan rumah tangga pada Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup di Seoul.

Artikel Berkaitan: #SeoulSaranghae: Son Ye Jin & Hyun Bin Dedah Gambar Rasmi Perkahwinan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 8 Feb 2022
Hiburan Sun, 30 Apr 2023
Hiburan Fri, 7 Dec 2018

Wow! Daiyan Trisha Keluar Duit Sendiri Buat Album Inggeris

Album ini bakal memuatkan sebanyak lapan buah lagu. You guys kena support beli album Daiyan Trisha nanti okay!

Hiburan Mon, 26 Nov 2018
Featured Wed, 9 Nov 2022
Hiburan Thu, 26 Jul 2018
Hiburan Mon, 4 Apr 2022
Trending Sun, 17 Dec 2017

Henti Tular Video Pembunuhan Itu Kata PDRM

Hentikan tilar video lelaki yang ditikam dan dilangar ketika bergelut dengan sekumpulan penjenayah di Jalan Sri Pelangi,

Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Tujuh Tahun Berkahwin, Kris Dayanti Mengaku Masih…

Yang pasti apa jua kesalahan kita ada saringan, punya ‘alarm’. Macam malu kalau ada buat salah…

Hiburan Mon, 12 Jun 2023

Ustaz Wadi Annuar Perjelas Isu Hadiri Majlis Resepsi Janna & Dini – “Saya Ambil Keputusan Untuk Tak…”

Penceramah Ustaz Wadi Annuar tampil memberikan penjelasan berkenaan dirinya menghadiri majlis resepsi pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann di Langkawi, Sabtu lalu. Menurut Ustaz Wadi, dia dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut dan membacakan […]