Featured By: Salma Syahbuddin February 24, 2022 @ 3:46pm

#SeoulSaranghae: Pernah Dilabel Kekwat Dan Terlampau Memilih, Son Ye Jin Akui Hyun Bin Adalah Cinta Pertamanya

Keterujaan peminat K-Drama di seluruh dunia mengenai berita perkahwinan pasangan pelakon popular Korea Selatan, Son Ye Jin dan Hyun Bin masih belum reda sehingga ke hari ini.

Mana taknya, sambutan terhadap drama popular Netflix, Crash Landing On You juga masih menduduki carta top 10 sehingga kini.

Sebelum ini, Son Ye Jin dalam satu temu bualnya pernah memaklumkan bahawa dia merupakan seorang yang sangat cerewet dan mempunyai citarasa yang tinggi dalam memilih teman lelaki.

Namun, dalam satu sesi sidang media drama terbaharunya berjudul, Thirty Nine, Son Ye Jin mengakui tunangnya, Hyun Bin, 39, merupakan cinta pertamanya.

” Hyun Bin adalah cinta hati saya yang pertama,” katanya.

Selain itu, Son Ye Jin juga memaklumkan berita mengenai perkahwinannya itu tidak menghalang beliau daripada terus berlakon dalam genre percintaan memandangkan peminat lebih suka melihatnya berlakon dalam genre sama sejak 20 tahun penglibatannya dalam industri.

“Saya tidak fikir lakonan akan terbahagi kepada pemilihan genre seperti percintaan, komedi atau seram kerana orang yang pandai berlawak juga pandai bercinta. Bagi saya, orang lebih suka apabila saya berlakon dalam genre percintaan walaupun sudah bertukar status nanti….” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 손예진 (@yejinhand)

 

 

Sumber : Soompi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 14 Sep 2021

“Janganlah Merepek Sangat, Tak Belajar Dari Kesilapan Ke?” – Warganet Luah Rasa Kecewa SOP Terbaru Langkawi Tak Wajibkan Saringan Covid-19

Program perintis pelancongan ‘travel bubble’ Pulau Langkawi, Kedah bakal bermula pada 16 September ini. Prosedur operasi standard (SOP) terbaru bagi para pengujung yang ingin melawat Langkawi sudah pun dibentangkan dan terdapat beberapa garis panduan yang […]

Trending Thu, 19 Aug 2021
Hiburan Fri, 18 Jan 2019

Khai Bahar Ingat Kan Diri Sendiri?

Semoga rezeki Khai Bahar semakin murah hendaknya.

Featured Sat, 28 Mar 2020

Kes penularan wabak COVID-19 di AS atasi China dan Itali

Jumlah jangkitan semakin membimbangkan

Events Wed, 13 Jul 2022

[VIDEO] Anak Rimau The Movie Suntik Semangat Patriotisme, Bakal ‘Mengaum’ Di Pawagam Pada 1 September 2022!

Fuhh, tak sabar min nak tengok Beto jadi jurulatih ala-ala Mokhtar Dahari! Nantikan filem berkonsepkan bola sepak menampilkan bintang hebat dan anak-anak remaja Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari.

Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Dayang Sayang Peminat

Wah, hebat sungguh Dayang!