#SeoulSaranghae: [VIDEO] BTS Buat Lawatan Ke White House, Bertemu Joe Biden Bincang Isu ‘Pro-Asia’

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengadakan pertemuan dengan kumpulan K-pop terkenal BTS di White House pada Selasa.
Pertemuan bersama kumpulan dianggotai tujuh pemuda itu sebagai usaha meraih sokongan daripada generasi muda bagi membendung isu anti-Asia.
Berikut merupakan agenda yang dibincangkan tentang isu anti-asia di White House.
  1. Sesi tersebut bersempena penutupan bulan warga Asia-Amerika dan Hawaii/Kepulauan Pasifik.
  2. Perbincangan di antara Biden dan BTS juga berkisar tentang kepentingan kepelbagaian individu dan inklusiviti serta BTS sebagai duta belia untuk menyebarkan mesej positif ke seluruh dunia

  3. BTS turut berkesempatan membuat rakaman kandungan bersama pasukan digital White House yang memaparkan lawatan mereka di White House.

  4. Pada Jun 2020, peminat BTS telah meraih dana sebanyak ASD1 juta dalam satu hari sempena kempen atas talian #MatchAMillion demi misi keadilan sosial – seiring dengan dana derma BTS kepada Black Lives Matter

  5.  Lebih dari 300,000 menonton pertemuan di White House itu.

  6. White House sedang giat memanfaatkan kuasa selebriti untuk meraih perhatian kepada isu-isu penting

  7. Minggu lepas, White House telah menjemput penyanyi Selena Gomez untuk membawa fokus kepada isu kesihatan mental.
Dalam perkembangan sama, setiausaha akhbar White House, Karine Jean-Pierre dalam sidang media memaklumkan BTS yang dikenali sebagai Bangtan Boys memainkan peranan penting sebagai duta untuk mempromosikan mesej positif dan saling menghormati.
Biden, juga katanya, telah mengetuai pendekatan seluruh kerajaan dalam memerangi isu perkauman, xenofobia dan sikap tidak bertoleransi yang dihadapi oleh masyarakat Amerika Asia, Orang Asli Hawaii dan Kepulauan Pasifik sejak memegang jawatan sebagai Presiden AS.
Salma Syahbuddin