Hiburan By: SGMS Faida October 23, 2018 @ 11:14am

Seram Beb! SANTET: Black Magic Bukan Hiburan Semata-Mata

Santet: Black Magic sebuah filem seram terbitan Skylar Pictures memaparkan sebuah kisah mengenai sebuah keluarga yang diganggu dengan ilmu hitam.

Bukan sekadar hiburan semata, Santet membawa banyak pengajaran dan ia merupakan kisah benar yang pernah berlaku di alam nyata.

Pengarahnya Helfi Kardit memberitahu jalan cerita filem ini bukanlah rekaan semata mata.

Sesuatu yang istimewa mengenai filem Santet: Black Magic apabila kami gabungkan barisan pelakon daripada tiga buah negara iaitu United Kingdom, Filipina dan Indonesia.

“ Kami juga rasa cukup bertuah kerana berjaya mendapatkan pelakon popular Kelly Brook sebagai teraju utama filem ini,” katanya.

Selain Kelly Santet turut dibarisi pelakon Indonesia seperti Marcelino Lefrandt, Ray Sahetapy, Ayu Dyah Pasha dan pelakon kelahiran Filipina Jazz Ocampo.

Bercerita tentang pemilihan Kelly Brook sebagai peranan utama, Helfi memberitahu kemunculan model dan pelakon seksi yang pernah tampil dalam beberapa filem Hollywood The Italian Job dan Piranha 3D itu telah menampilkan aksi lakonan yang cukup memberangsangkan.

“ Kalau bercakap tentang bayaran untuk Kelly jumlahnya saja boleh menampung kos untuk menghasilkan sebuah filem seram di Indonesia

“ Namun begitu ia bukan menjadi ukuran buat kami kerana apa yang lebih penting adalah impak filem ini agar dapat memberi kepuasan kepada penonton yang gemarkan filem bergenre seram,” jelasnya.

Helfi turut memaklumkan kos pembikinan filem ini menelan kos sebanyak RM4 juta.

Santet: Black Magic bakal berada di seluruh pawagam tanah air bermula 25 Oktober ini, so…ada berani tak? Jom serbu pawagam berhampiran & tengok ramai-ramai! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 26 May 2019
Featured Tue, 11 Jan 2022

“Dia Mengaku Golongan Antivaksin” – Doktor Jual Sijil Vaksin Palsu Cecah RM600 Ditahan

Seorang doktor di klinik swasta di Marang, Terengganu ditahan atas kesalahan menjual sijil vaksinasi palsu pada Sabtu. Memetik laporan Utusan, suspek berusia 51 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Mengabang Tengah. Menurut Ketua […]

Featured Thu, 20 Oct 2022
Hiburan Fri, 12 Jan 2018

Pernikahan Kali ke-2 Saerah Belum Sedia Kongsi Tarikh

“Tarikh itu biarlah rahsia,” demikian kata penyanyi Siti Saerah, 34, yang memilih untuk merahsiakn dahulu tarikh pernikahan kali kedua dengan jejaka pilihan hati yang juga kenalan lamanya, Mohd Sharidan Johari, 31.  Saerah yang belum bersedia […]

Events Thu, 1 Sep 2022