Serangan Bertubi-Tubi Di Media Sosial, Leona Tweet: “I Need A Therapist”… Netizen Beri Semangat & Nasihat

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang juga merupakan seorang pempengaruh media sosial meraih perhatian ramai ekoran beberapa foto dan video seksi, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mengucap Panjang Aku!” – Bikini Putih Leona Jadi Bualan Netizen, Respons Azhar Sulaiman Paling Win!

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Berbikini Putih, Leona Buat Netizen Terkejut Dengan Dress Ungu Pula – “Mat Salih Pun Ada Tahap Sopan”

Sehingga kini, Leona tetap menjadi mangsa kecaman segelintir netizen.

Menerusi perkongsian di Twitter miliknya, Leona telah memuat naik beberapa ciapan mengatakan dia memerlukan ahli terapi.

Meskipun tidak memberitahu punca dirinya memerlukan ahli terapi, ramai yang menjangka hal ini terjadi kerana dia tertekan kerana sering dikecam dan ditegur okeh netizen terhadap dirinya.

Ciapan tersebut mendapat pelbagai respons warganet yang memberi tips untuknya lebih mendekatkan diri dengan Tuhan.

Malah, ramai yang meminta Leona untuk berehat seketika daripada media sosial.

“Pergi mengadu depan sejadah and talk to Allah. Bukan nak berlagak baik tapi it helps me, maybe it will helps you too. Also Al-Quran, please try, the best therapist.

“You don’t need social media. Trust me, you will be at peace. Take a break Leona,” tulis netizen.

Nurul Hana