“Serik Ya Allah…” – Syatilla Melvin Masuk Hospital Semula Akibat Sakit Kepala & Tulang Belakang

Baru sahaja melahirkan anak ketiga pada hari lalu, Syatilla Melvin kini dimasukkan semula ke hospital gara-gara serangan sakit kepala dan tulang belakang (spinal headache attack) yang kritikal.

Menerusi hantaran di akaun Instagram (IG) miliknya, dia memaklumkan bahawa kesihatannya merosot sehingga dia tidak mampu untuk bangun dan menyusu cahaya mata yang baru sahaja dilahirkan baru-baru ini.

“Hari ke empat lepas pembedahan (czer). Tumpas lagi… ke pangkuan hospital balik.

“Kena spinal headache attack yang sangat teruk. Tak boleh bangun, tak boleh susukan baby, malah tak pegang baby sangat pun, serik ya Allah, doakan Tilla,” luahnya.

Sehubungan itu, isteri kepada pelakon terkenal, Shaheizy Sam memohon agar orang ramai mendoakan kesihatannya pulih seperti biasa dan dia akui serik menanggung kesakitan penangan melahirkan anak ketiga kali ini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan artis dan juga peminat mendoakan kesembuhan Syatilla. Antaranya adalah Noryn Aziz, Ramona Zam Zam dan Rozita Che Wan.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah komen Syifa Melvin yang merupakan adik kepada Syatilla Melvin

Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam telah mendirikan rumahtangga bersama sejak 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang permata hati iaitu Syeriv Samheizy, 5, Sarima Samheizy, 2 dan anak ketiga yang baru dilahirkan diberi nama Salama Samheizy.

Atiqah Johari