Featured By: Fatin Nurain September 25, 2022 @ 2:20pm

Sering Alami Sakit Tekak, Ara Johari Bimbang Suara Hilang

Penyanyi Ara Johari meluahkan rasa bimbang akan kesihatan suaranya gara-gara mengalami sakit tekak yang berpanjangan sejak dua bulan lalu.

Menurut Ara, dia perlu lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan dan minuman serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh memburukkan lagi kondisi suaranya.

“Keadaan ini berlarutan sejak dua bulan lepas, bermula demam biasa pada 24 Julai lalu. Sakit tekak saya belum hilang sepenuhnya sampai sekarang.

“Saya telah merujuk perkara ini kepada pakar, namun difahamkan ia tidak teruk dan tidak memerlukan pembedahan.

“Atas nasihat doktor, saya kena jaga makan dan minum seperti kurangkan pengambilan makanan pedas dan elakkan minuman berais,” katanya.

Ara juga memaklumkan buat masa ini dia perlu menggunakan teknik yang bersesuaian dalam nyanyiannya kerana sering rasa gatal dan kering pada tekak.

“Saya masih boleh menyanyi, tetapi buat masa ini bukan dengan nada asal. Menyanyi lagu tinggi agak mencabar kerana tekak rasa gatal dan kering,” jelasnya.

Dalam pada itu, penyanyi itu juga mengakui risau dengan keadaan yang dialaminya kini dan berharap akan segera sembuh.

“Saya bekerja guna suara. Jadi, saya risau kalau satu hari nanti suara saya hilang.

“Sekarang memang saya ikut nasihat doktor, jaga betul-betul supaya keadaan ini pulih segera,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Aug 2019

Tiga Kali Cerai, Nikita Mirzani Belum Serik…

Nikita dilihat tidak memilih warga senegara asalnya malah tertarik dengan jejaka berasal dari Perancis.

Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Ini Sebab Kenapa Zahirah McWilson Tolak Watak Antagonis

Pelakon Zahirah Macwilson menolak untuk melakonkan watak antagonis kerana takut dibenci penonton….

familuv Fri, 23 Nov 2018

Ini Teknik Bancuh Susu Anak Supaya Tidak Hilang Khasiatnya

Perlu tuang air panas dahulu atau susu?

Hiburan Sun, 3 Jun 2018

Adik Fatihia Latiff Mendapat Pujian ‘Beauty With Brain’

Adik-beradik pelakon Fathia Latiff sememangnya cantik-cantik belaka. Baru-baru ini, foto graduasi adik Fathia iaitu Fasiha Latiff menjadi perhatian ramai di media sosial. Mana tidaknya, gadis cantik ini baru saja menamatkan pengajian di Trinity College dan kini bergelar doktor muda

Hiburan Sun, 14 Oct 2018

Ruhainies Mata Duitan, Betul Ke?

Apa yang menyebabkan dan menaikkan kemarahan Ruhainies

Featured Fri, 16 Dec 2022

Zack Tabudlo Mulakan Langkah Bina Nama Di Rantau Asia

Penyanyi berasal Filipina, Zack Tabudlo makin dikenali dengan lagu berjudul Pano. Lagu ini mencipta fenomena tersendiri di negara asalnya lalu menular ke negara jiran Indonesia dan akhirnya sampai ke negara Malaysia. Pano adalah bukti negara

| Live TV