Sering Buat Video Mesra Bersama, Rita Nadira Bercinta Dengan Chubb-E? – “Tak Pegang Tangan Pun Cuma…”

Pelakon Rita Nadira menjelaskan hubungannya bersama penyanyi Chubb-E yang didakwa seperti pasangan kekasih.

Menurut Rita, dia berkata mereka hanyalah berkawan biarpun sering memuat naik momen mesra bersama di media sosial.

“Kalau mahu diikutkan dalam video yang kami muat naik di TikTok itu, tidaklah kami berpegang tangan, cuma lengan kami bersilang seperti kawan baik.

“Kalau ada orang fikir, kami pegang tangan, pegang tanganlah. Tapi ibu saya pun tahu saya berkawan dengan dia, saya juga selalu bercakap dengan emak dia. Jadi memang kami rapat.

“Saya dan Chubb-E memang berkawan saja, kami tiada apa-apa tapi kami rapat seperti kawan baik.

“Permulaan perkenalan kami sebenarnya adalah Chubb-E ini seorang yang pemalu, manakala saya macam gila-gila seperti mana yang dia lihat di TikTok. Jadi dia bertanya bagaimana saya boleh bersikap lebih terbuka,” kata Rita.

Dalam pada itu, Rita memaklumkan dia kini tidak mempunyai teman istimewa sebaliknya mahu memberi fokus kepada kerjaya.

“Jujurnya sekarang ini saya tiada teman istimewa dan buat masa sekarang ini saya tidak fokus pun untuk ada teman istimewa. Saya katakan tidak pada semua orang yang cuba mendekati saya.

“Mungkin salah satu sebab pesan ibu saya untuk fokus pada karier sebab sebelum ini saya pernah ada teman lelaki tapi hubungan itu emak saya tidak restu, maka ia tak menjadi.

“Jadi lebih baik saya ikut kata emak saya untuk berkawan saja. Saya pun selesa sebab saya boleh fokus bekerja. Banyak komitmen saya kena buat,” katanya.

Terdahulu, Rita dan Chubb-E sering dilihat mesra bersama menerusi video-video yang dimuat naik mereka di TikTok.

Sumber: Harian Metro

Khairil Khusyairi