Sering Diambil Kesempatan Sejak Kecil, Bella Astillah Dedah Momen ‘Tragis’ Dalam Dunia Hiburan – “Saya Pernah Disuruh Duduk Atas Peha Masa…”

Penyanyi jelita, Bella Astillah mendedahkan dirinya sering menjadi ‘mangsa’ dan dipergunakan semenjak muncul dalam industri hiburan dari kecil.

Isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz mendedahkan perkara tersebut menerusi, podcast milik selebriti Hazeman Huzir dan, penerbit, Hanan Mansor di aplikasi YouTube.

“Sejujurnya, saya pernah orang suruh saya duduk atas peha dia. Masa tu dia cuma cakap ‘duduklah atas peha abang’.

“Waktu saya umur 18 tahun. Saya selalu diambil kesempatan dalam dunia hiburan sejak kecil, dan perkara ini dipersetujui oleh ibu saya,” katanya.

Menyedari perkara tersebut, Bella berkata dia kini mahu menjadi lebih tegas dan memberanikan diri berkata tidak seandainya masih ada yang mengambil kesempatan atas dirinya lagi.

“Saya sedar diambil kesempatan. Jadi sampai hari ini saya dalam industri saya nak belajar jadi seorang yang lebih kuat dan tegas dari dulu.

“Kalau dulu saya tak tahu nak cakap ‘tidak’, saya hanya akan mengiyakan dan ikut saja. Walaupun hati tu rasa tak boleh, tapi saya buat juga. Itu yang saya nak ubah,” katanya lagi.

Pendedahan tersebut bermula selepas Bella sedikit sebanyak menceritakan mengenai pengalamannya menjejakkan kaki ke industri hiburan sejak kecil.

Selebriti yang juga merupakan seorang pelakon berasal dari Sabah ini memulakan perjalanna karier dalam hiburan menjadi penyanyi lagu kanak-kanak.

Bella bersama adiknya, Didi Astilah membuat 10 album lagu kanak-kanak yang dihasilkan sepenuhnya oleh bapanya, Awang Astillah Abdullah @ Dullah.

“Masa kecil, nak menyanyi tak senang dapat peluang. Selalu menyanyi dekat mall.. tapi masa tu kami tak tertanya pasal payment.

“Saya tak tahu rupanya penjualan album lagu kanak-kanak ini sampai ke Brunei dan Singapura. Mereka dapat banyak duit, tak setimpal dengan apa yang kami raih.

“Contohnya dalam muzik video semua lagu tu akan ada props kan. Itu semua ayah saya yang buat

“Tapi apa yang membuatkan saya sedih sebab saya tahu ayah banyak bekerja keras untuk semua album ni. Tapi dia tak dapat apa sepatutnya yang dia dapat,” katanya.

Kredit: Hazeman Huzir, Hanan Mansor

Aqilah Paharuzi