Hiburan By: Khairil Khusyairi September 22, 2022 @ 12:18pm

Sering Nyanyi ‘Sumbang’ Ketika Live, Keisya Levronka Alami Trauma

Penyanyi Indonesia, Keisya Levronka sekali lagi menjadi bualan peminat apabila dikatakan sering gagal menyanyikan lagu miliknya dengan baik.

Keisya juga pernah dikiritik hebat oleh netizen apabila persembahannya di Anugerah Industri Muzik ke-23 baru-baru ini dikatakan sumbang.

Terbaharu, pelantun lagu Tak Ingin Usai itu mendedahkan dia mengalami trauma dan menyedari dirinya menjadi takut bertemu orang dan tidak ceria seperti sebelum ini.

“Jadi sekarang setiap berjumpa orang, saya sangat gementar. Sebenarnya di luar saya kelihatan baik-baik saja dan fokus melakukan persiapan.

‘Tetapi dalam hati terlalu takut. Hingga akhirnya saya pertama kali bertemu pakar psikologi.

“Saya tidak pernah bertemu pakar psikologi sebelum ini. Jadi setelah didiagnos, saya mengalami trauma,” ujar Keisya.

Penyanyi muda itu juga memberitahu bahawa dia hairan dengan kegagalannya mencapai nada tinggi ketika membuat persembahan biarpun dapat lakukannya dengan baik ketika sesi latihan.

“Setiap kali latihan, nada yang tinggi semua saya mampu bawakan dengan baik, malah ada menggunakan nada yang lebih tinggi dari asal, pun baik,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:  “Semoga Ini Yang Terakhir” – Gara-Gara Nyanyian ‘Sumbang’, Netizen Tak Mahu Keisya Levronka Datang Malaysia Lagi?

Sumber: Youtube CURHAT BANG denny sumargo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 15 Jan 2021
Hiburan Sat, 27 Nov 2021

“Menyanyi Saja Tak Cukup, Saya Perlu Lengkapkan Dengan Ilmu” – Aina Abdul Bersyukur Berjaya Genggam Sarjana Muda Muzik

Penyanyi Aina Abdul, 28, bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian dalam Sarjana Muda Muzik Kontemporari di Universiti UCSI, Kuala Lumpur. Menghadiri sesi graduasi yang berlangsung pagi tadi, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani mengakui

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

Isu Pernikahan Fattah & Fazura , Neelofa No Komen

Neelofa kunci mulut untuk ulas tentang perkahwinan Fattah dan Fazura

Trending Thu, 26 Apr 2018
Featured Thu, 6 Jan 2022

“Tersembur Air Kopi Saya Tengok Awak…” – Nyanyian Michael Ang Timbul Berbagai Reaksi Netizen

Pengarah terkenal Michael Ang kini mencuba bakatnya di dalam bidang nyanyian apabila lagunya bertajuk Cinta Atau Propa telah dikeluarkan di saluran YouTube Indigital Music pada Rabu. Menerusi video muzik lagu itu, Michael berjaket merah sambil

Hiburan Wed, 23 May 2018

Ibu Pesan Ada Baiknya Hadiah Dihantar Ke Rumah Kebajikan

Bagaimanapun, beliau minta saya sampaikan pesan kepada orang ramai agar tidak lagi menghantar hadiah kerana kerajaan Pakatan Harapan tidak membenarkan ahli politiknya menerima sebarang bentuk hadiah seperti bunga, makanan dan lain-lain.

Featured Mon, 8 Nov 2021

Gara-Gara Memandu Dalam Keadaan Mengantuk, Wanita Masuk Sawah Padi

Seorang wanita di Indonesia dilaporkan keretanya terbabas dan memasuki ke dalam kawasan sawah padi apabila didapati memandu dalam keadaan tidak cukup tidur, lapor laman berita Suara.Com pada Ahad. View this post on Instagram A post

| Live TV