Seronok Dukung Anak Azzam Sham & Sheryl Shazwanie… Peminat Doakan Mark Adam, Isteri Ada Rezeki Timang Zuriat

Penyanyi Mark Adam dan isterinya, Norazah Redzuan tampil meraih perhatian dalam kalangan peminatnya selepas melihat gelagat mereka bermain dengan anak penyanyi, Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie, Azzalea Safiyya.

Menerusi perkongsian di TikTok isterinya, Norazah telah memuat naik video mereka sedang mendukung si kecil itu  diiringi dengan ucapan syukur.

“Syukur Alhamdulillah..”Rokieya”,” tulisnya.

@ezzpowersSyukur Alhamdulillah..”Rokieya”

♬ Buah Hati – Armada

Terharu melihat momen tersebut, perkongsian itu turut meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet di ruangan komen.

Malah, ada juga yang mendoakan agar Mark dan isteri dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti.

Fatin Nurain