Hiburan By: SGMS Faida August 19, 2019 @ 12:32pm

Sesuai Untuk Pengguna Islam…Raihan Perkenal Haruman Bebas Alkohol

Raihan sebuah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Membina kerjaya sejak 23 tahun lalu, populariti kumpulan yang menjadi perintis irama nasyid kontemporari ini merentas sempadan melebihi 2 dekad. 

Berbekalkan lagu nasyid sebagai hiburan, pada masa sama menyalurkan mesej dakwah, populariti Raihan meniti di bibir peminat, sama ada kanak-kanak mahu pun peminat dewasa.

 Lagu seperti Puji Pujian, Iman Mutiara dan Syukur membawa Raihan ke puncak populariti dan mencatatkan rekod penjualan album tertinggi di Malaysia. Raihan turut melakar sejarah apabila album sulung mereka, Puji-Pujian terjual lebih 3.5 juta unit di seluruh dunia, malah rekod itu belum mampu diatasi mana-mana artis di negara ini.

Populariti yang merentas enam benua membuktikan jenama Raihan utuh dalam kelas tersendiri. Malah, populariti yang dibina juga menjadikan Raihan sebagai asas rujukan penggiat irama nasyid kontempori, sama ada di dalam mahu pun di luar negara.

 Meskipun sudah lebih 10 tahun tidak muncul dengan lagu baharu, keampuhan Raihan belum tergugat. Digerakkan tiga anggota iaitu Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim, Raihan terus relevan ketika industri muzik dibanjiri muka baharu.

Tahun 2019 menyaksikan kumpulan itu kembali ampuh apabila kolaborasi bersama Alif Satar menerusi Sesungguhnya 2019 mencetus fenomena luar biasa. Dilancarkan pada 10 Mei lalu, lagu itu mengulangi magis yang pernah dicipta Raihan apabila mencatat lebih 450,0000 tontonan pada hari pertama dilancarkan.

Mengumpul lebih 14 juta tontonan sehingga ini, Raihan membuktikan keampuhan yang belum terhakis apabila turut mengumpul kelompok peminat baharu.  Pencapaian yang mengembalikan kegemilangan itu mendorong Raihan untuk merintis langkah baharu dalam dunia perniagaan.

Kumpulan nasyid lageda, Raihan kini tampil dengan wangian khusus untuk lelaki menerusi Haruman Adam dan Haruman Hawa yang dilancarkan dengan kolaborasi bersama dengan Sugarbomb peneraju pengeluar wangian yang cukup dikenali di Malaysia.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sugarbomb, Ahmad Azhari Rosli berkata, idea untuk menghasilkan minyak wangi berkenaan tercetus kerana merasakan perlu adanya haruman yang bebas alkohol untuk pengguna Islam.

“Kami menyedari tentang sensitiviti penggunaan minyak wangi yang kebanyakannya mengandungi alkohol dan akhirnya ia memberikan idea kepada kami untuk menghasilkan haruman ini.

“Kemudian ketika kami berada di Singapura, secara tidak sengaja kami terjumpa ahli kumpulan Raihan dan perbincangan terus dibuat. Akhirnya, setelah beberapa bulan mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan kami,” ujarnya.

Sementara itu, salah seorang anggota Raihan iaitu Che Amran Idris menyatakan mereka bersetuju bekerjasama kerana melihat kesungguhan sebuah syarikat yang diterajui anak muda untuk menghasilak sebuah produk untuk pengguna Islam.

Ujarnya, segala urusan untuk proses menghasilkan produk haruman ini berjalan dengan mudah dan pihaknya sangat berbesar hati dengan kerjasama ini.

“Bagi kami ia adalah anugerah Allah untuk kerjasama yang terjalin ini. Bermula daripada pertemuan yang tidak dirancang, akhirnya haruman Raihan ini telah berjaya dihasilkan.

“Kami melihat kerjasama ini merupakan satu gabungan yang mantap antara Raihan dan Sugarbomb dan berharap produk ini akan diterima ramai, khususnya umat Islam,” ujarnya.

Didatangkan dalam tiga varian bagi setiap 6ml haruman, set Haruman Adam menampilkan tiga pilihan iaitu Bilal, Zamrud dan Abbas, manakala set Haruman Hawa pula menampilkan Wardah, Haura dan Raudhah.

 Abbas, wangian diinspirasikan khusus untuk lelaki bekerjaya, merangkumkan nota vanila Madagascar, pudina dan kehangatan rempah tonka bean. Sensasi haruman kasturi memberikan aura tersendiri buat si pemakai.

 Bagi penggemar bauan yang mencerminkan identiti maskulin, Bilal pasti menjadi pilihan yang tepat. Dihasilkan dengan paduan nota bunga damar, kulit kayu dan rempah semula jadi, menerbitkan aroma mengagumkan, sekali gus mencerminkan aura maskulin si pemakai.

 Zamrud pula dihasillkan dengan fokus si pemakai sebagai tarikan utama. Ia menggabungkan nota yang menerbitkan aura positif dan ceria. Ia bersesuaian dengan gaya hidup lelaki urban yang kreatif, muda dan moden.

 Sementara itu, Haura pula menjadi haruman yang wajib dimiliki setiap wanita yang mementingkan keterampilan dan identiti diri.

 Raudhah pula menggabungkan sensasi nota limau mandarin, lilac dan kasturi. Ia dirumus khas untuk wanita yang mementingkan aura glamor dan elegan.

 Wardah pula menggabungkan bau-bauan berasaskan buah-buahan dengan menggabungkan aroma pic dan pear, menerbitkan aroma manis serta lembut untuk menyerlahkan aura pemakai.

Setiap haruman didatangkan dalam botol 6ml dan dijual pada harga RM50 untuk satu set haruman. Untuk keterangan lanjut, hubungi talian 018-9009750, @sugarbombhq /@harumanraihanofficial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 28 Nov 2018

Let’s Be Honest, This Year’s Christmas Party is Gonna Be Lit!

Details inside. There’s an after party too!

Hiburan Thu, 21 Feb 2019
Hiburan Sun, 3 Jul 2022
Featured Fri, 28 Oct 2022

Video Selawat Depan KLCC Raih Pujian, Peminat Doakan Zizi Kirana Terus Istiqamah

Video alunan selawat Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 yang juga personaliti TV, Farhatul Fairuzah bersama penyanyi Zizi Kirana mendapat perhatian netizen. Menerusi video berdurasi 31 saat yang dikongsikan di Instagram, warganet dan rakan selebriti […]