Hiburan By: Padin March 15, 2022 @ 7:48pm

Setahun Berlalu, MADAM Muncul Rancak Dengan Nona

Kumpulan muzik MADAM yang dianggotai empat pemuzik muda penuh bakat kembali merancakkan persada industri muzik tempatan dengan kelahiran single terbaharu mereka berjudul Nona.

Istimewanya pada kali ini, lagu tersebut dihasilkan sepenuhnya oleh mereka sendiri, Putera (vokalis), Azuan (pemain bass), Herman (pemain dram) dan Fadhil (gitaris).

“Buat pertama kalinya, MADAM muncul dengan single cetusan ilham kami sendiri tanpa penglibatan mana-mana komposer luar.

“Saya sendiri yang menulis lirik Nona manakala melodinya pula disempurnakan oleh kami berempat,” jelas Putera.

Single terakhir MADAM berjudul Kekasihku telah dikeluarkan hampir setahun yang lepas, setelah itu band tersebut agak sepi tanpa kehadiran single baharu.

“Selepas muncul dengan tiga single hasil ciptaan komposer lain sebelum ini, kami berbincang dengan pihak Rocketfuel untuk menghasilkan karya sendiri, dan setelah beberapa kali perbincangan dilakukan serta beberapa lagu dicadangkan, barulah proses rakaman Nona dapat dimulakan.

“Memandangkan ini pertama kali kami menghasilkan sebuah lagu secara langsung dari awal sehingga akhir, sedikit masa diperlukan untuk memastikan karya yang kami ciptakan adalah memuaskan dan sesuai dengan selera pasaran masa kini,” kata Azuan.

Lagu berjudul Nona ini menceritakan tentang sebuah kisah bagaimana seorang lelaki yang bertemu dengan seorang wanita lalu jatuh cinta dengan keindahan paras dan peribadi wanita itu.

“Nona yang merupakan panggilan buat gadis-gadis yang belum berkahwin merupakan lagu tentang cinta yang ingin dibawa ke akhir hayat,” terang Herman.

Masih mengekalkan genre rock yang merupakan ‘trademark’ MADAM, namun menariknya lagu Nona ini, ia diberikan kelainan dengan suntikan elemen muzik nusantara dalam paduan moden yang lebih rancak.

“Kami sengaja membawa ‘mood’ yang lebih gembira dalam lagu ini berbanding sebelumnya, kerana single-single kami terdahulu hadir dengan nada yang sedih, dan dengan terlahirnya Nona, ia menanda kematangan MADAM dalam membawa muzik rock yang pelbagai.

“Hampir sebulan tempoh yang diperuntukkan untuk menyiapkan Nona. Proses rakaman memakan masa selama tiga hari saja, manakala proses pengubahsuaian serta mixing mengambil masa yang lama demi mencari dan membentuk muzik mengikut citarasa kami,” tambah Fadhil.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 3 Jun 2018

Gadis Kelahiran Ampang Pecah Rekod Sertai Miss Universe New Zealand

Gadis kelahiran Ampang dan dibesarkan di New Zealand, Nurul Shamsul berjaya menempatkan diri di pentas akhir Top 20 dalam pertandingan Miss Universe New Zealand. Good Luck Nurul!

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

“Syukurlah korang semua masih ada suami,” – Nora Ariffin

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin menasihatkan kaum isteri di luar sana untuk bermuhasabah diri dan tidak melihat kekurangan semata-mata…

Featured Wed, 6 Apr 2022

Beli Rangka Ayam Tak Cuci Bersih Di Bazar Ramadan, Netizen Berang – “Nak Meniaga Biar Ikhlas!”

Nak marah tapi kena sabar hm.. Sampainya hati peniaga bazar Ramadan buat macam ni

Trending Thu, 7 May 2020

[TERKINI] Semua R&R Akan Ditutup Bermula Hari Ini

Namun, boleh berhenti untuk berehat dan ke toilet SAHAJA!

Trending Fri, 26 Oct 2018

Mabuk Punya Pasal, Lelaki Ini Tergamak Merogol Nenek Umur 100 Tahun

Biswas turut mengaku kepada pemberita bahawa dia berada di bawah pengaruh alkohol dan tidak sedar dengan tindakannya itu.

Hiburan Wed, 16 Oct 2019

| Live TV

error: Content is protected !!