Hiburan By: SGMS Faida September 8, 2019 @ 11:04am

Setahun Lebih ‘Cuti’, Mawar Rashid Siap Sedia Untuk…

Selepas bersalin anak pertama pada Mac lalu, pelakon jelita Mawar Rashid dilihat kurang aktif di dalam bidang lakonan.

Namun begitu, isteri kepada Raf Yaakob ini dilaporkan sudah siap sedia kembali berkaksi di kaca televisyen selepas lebih setahun berehat.

“Selepas satu tahun lebih Mawar ‘cuti’ berlakon, dan kini, Mawar akan kembali berAKSI. Excited, nervous, happy, tak sabar, macam-macam lagi perasaan bercampur sekarang.

“Syukur Alhamdulillah Mawar diberi peluang untuk memegang watak dalam drama ‘CAMELIA’ slot Samarinda untuk saluran TV3,” ujar Mawar atau nama lengkapnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid ini. 

Ibu kepada Raden Muhammad Rafael ini turut berterima kasih kepada pengarah terkenal, Along Kamaludin dan penerbit, Hasniza Nordin atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

“Saya tidak sabar untuk kembali bekerja dengan barisan pelakon dan pengarah Along Kamaludin, antara pengarah terbaik di Malaysia.

“Doakan Mawar dapat menjayakan watak dengan sebaiknya dan semoga semua dipermudahkan,” akhirinya.

 
 
 
View this post on Instagram

Syukur Alhamdulillah Mawar diberi peluang untuk memegang watak dalam drama ‘CAMELIA’ slot Samarinda @tv3malaysia . Terima kasih kepada pihak TV3, Producer @hasnizanordin , director @alongkamaludin , dan kepada semua pihak production kerana memberi kepercayaan untuk Mawar kembali berlakon di kaca TV. I’m looking forward to work with all the cast and @alongkamaludin , one of the best director in Malaysia • Selepas satu tahun lebih Mawar ‘cuti’ berlakon, dan kini, Mawar akan kembali berAKSI. Excited, nervous, happy, tak sabar, macam2 lagi perasaan bercampur sekarang. • Doakan Mawar dapat menjayakan watak dengan sebaiknya dan semoga semua dipermudahkan ❤️ • Terima kasih semua sayang ku. @mawarians_official are you ready???!! ? #tv3malaysia #slotsamarinda #Mawarians

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Terdahulu, Mawar pernah membintangi drama antaranya Kalis Kasih, Raisha 2, Aurora Aisyah dan banyak lagi. 

Mawar membolosi industri hiburan selepas memenangi kategori Dewi Kegemaran yang ditentukan sepenuhnya melalui undian peminat pada final Dewi Remaja 2014/2015, manakala Raysha Rizrose dinobatkan sebagai Dewi Remaja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Aug 2018

‘Mana Ada Gimik’, Fitri Haris Tiada Niat Tipu Peminat

Akui penyanyi lagu Wahai Kekasihku, dia menafikan ia adalah gimik untuk lagu terbarunya dan tidak berniat mempermainkan sesiapa dan meminta maaf atas kejadian itu.

Hiburan Sat, 2 Mar 2024
Contest Sat, 26 Oct 2019

用「XTRA优惠码」以更低价格购买BTS限量版礼盒!

一扣再扣!只要用「XTRA优惠码」就能以更低价格,在Superdeals购买到BTS限量版礼盒!

Featured Mon, 5 Sep 2022

Tular Video Mirip Pelakon Cilik Didakwa Beron*ni?

Muda lagi pelakon cilik ni baru 12 tahun 🥲 Betul ke buat perkara tak senonoh ni? Adoiii

Kes Mahkamah Tue, 29 Aug 2023
#tilljannah Tue, 6 Dec 2022

Dai Syed Tak Halang Karier Hana Ismail, Ingin Fokus Dalam Perniagaan

Pendakwah selebriti, Dai Syed tidak menghalang isterinya, pengacara Hana Ismail untuk terus aktif dalam bidang seni. Menurut Hana, selepas ini mereka berdua juga akan fokus dalam bidang perniagaan dan mengambil apa sahaja peluang yang ada […]