Hiburan By: SGMS Faida April 19, 2019 @ 2:16pm

Setahun Tak Ke Gym, Afieq Shazwan Rindu Badan ‘Sado’

Penyanyi Afieq Shazwan mengaku sudah setahun tidak ke gimnasium selepas disahkan mengalami masalah tekanan darah rendah.

Penyanyi berusia 21 tahun ketika ditemui XTRA memaklumkan dia juga mengalami penurunan berat badan selepas dinasihatkan oleh doktor agar tidak mengunjungi gimnasium.

“ Saya dah berhenti ‘sadokan’ badan sejak setahun lalu. Selepas dapat berasakan ada sesuatu yang tidak kena pada badan, saya segera berjumpa doktor.

“ Saya dinasihatkan agar mengurangkan aktiviti di gimnasium kerana tekanan darah rendah. Mungkin atas faktor lain seperti kurang minum air dan kurang tidur, badan saya nampak kurus berbanding dahulu,” katanya kepada XTRA.

Afieq atau nama sebenarya memberitahu dia mengalami penurunan sebanyak lima kilogram selepas meninggalkan aktiviti di gimnasium.

“ Kita tengok keadaan sekiranya kesihatan mengizinkan, saya rindu nak ke gim. Saya rindu nak ‘buat badan’,” akhiri pelantun single Darjat ini.

Afieq juga bakal tampil dalam sebuah program memasak bersama rakan selebriti antaranya Tajul, Wany Hasrita dan Wany Shaz pada bulan Ramadhan ini di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 24 Oct 2019
Trending Wed, 17 Jun 2020
Featured Thu, 20 Apr 2023
Hiburan Sat, 23 Feb 2019

Makin Sihat Di Rumah, Henti Sebar Berita Kematian AR Badul

Ish, terkejut warganet tau. Hal kematian jangan dibuat main wak!

Events Fri, 25 Nov 2022

“Tak Serik Lagi…?” Dolla Semakin Berani

Pernah dikecam sebagai grup wanita “K-Pop” Malaysia kerana disamakan dengan grup terkenal dari Korea Selatan, Blackpink. Dolla sering dikatakan tiada identiti yang tersendiri dan meniru tarian grup K-Pop, serta gaya mereka yang sering tampil berpakaian […]

Hiburan Thu, 10 Oct 2019

Terjawab Sudah Siapa Pelakon Popular ‘A.A’ Yang Kantoi Curang

Tak habis-habis lagi pasal kontroversi ni ye?

Hiburan Sun, 20 Oct 2019

Semak Skim i-Suri Bantuan Suri Rumah RM480 Setahun

hanya diri sendiri iaitu isteri dan suami kepada pasangan yang layak sahaja

Hiburan Wed, 23 Mar 2022