Sexiest Man Alive Ini Bakal Bawa Watak 007

Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah agaknya gerangan Sexiest Man Alive sekaligus diwar-warkan bakal memegang watak ejen 007 selepas David Niven, George Lazenby, Roger Moore, Timothy Dalton, Pierce Brosnan dan Danial Craig. Kali ini, giliran pelakon, Idris Elba, 46 pula dikatakan bakal memegang watak James Bond seterusnya diumumkan sebagai lelaki paling seksi di dunia pada tahun ini oleh Majalah People. 

Menurut USA Today, Idris Elba langsung tidak menyangka dengan pengumuman yang dibuat oleh majalah tersebut. Malah, beliau juga turut berkongsi perasaannya itu menerusi laman instagram miliknya.

Tersenarai antara pelakon terbaik di Britain, Elba juga pernah memenangi anugerah Golden Globe dengan memegang watak sebagai seorang detektif dalam siri Luther, memegang watak Norse dalam filem Thor serta terlibat dalam drama bersiri The Wire.
Malah sejak tahun 1985, hanya dua artis bukan berkulit putih sahaja pernah merangkul gelaran Sexiest Man Alive, iaitu Denzel Washington dan Dwayne Johnson ‘The Rock’ pada tahun 2016.
Salma Syahbuddin