Featured By: Salma Syahbuddin November 16, 2022 @ 4:48pm

SFMM37: Netizen Spekulasi Keluar Tabligh 40 Hari Punca Hafiz Suip Tarik Diri?

Selepas mengambil keputusan menarik diri dari menyertai Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-37 (SFMM37), ramai nampaknya peminat kecewa untuk menyaksikan penyanyi berbakat yang juga pemenang Vokal Terbaik sebanyak empat kali pada Anugerah Juara Lagu, Hafiz Suip untuk beraksi di pentas SFMM37.

Menurut pengurusnya yang dikenali sebagai Am, Hafiz terpaksa menarik diri disebabkan urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan malah buat masa ini penyanyi itu agak sukar dihubungi kerana kiriman mesej menerusi aplikasi WhatsApp juga masih belum mendapat balasan.

Memetik laporan Harian Metro, Am berkata, jika ada rezeki dan lagu duet bersama Erni Zakri berjudul Berakhir Pencarianku itu berjaya ke Anugerah Juara Lagu (AJL), Hafiz mungkin akan turut serta sekiranya pada masa itu dia tidak mempunyai komitmen lain.

“Memang kebetulan pada SFMM37 kali ini, Hafiz tak dapat ikut serta beraksi kerana urusan peribadi yang tidak dapat dielakkannya. Dia pun mohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat menyanyikan lagunya yang dicalonkan itu.

“Mungkin dia akan turut serta cuma sekarang untuk SFMM37, masa tidak kena,” katanya.

Menjengah di ruangan komen sebuah portal hiburan, rata-rata peminat mendakwa Hafiz sebenarnya terlibat dalam aktiviti dakwah yang memerlukan penyanyi itu keluar selama 40 hari.

Terdahulu, pihak Nova Music  (M) Sdn Bhd memaklumkan Hafiz telah menarik diri dari SFMM37 dan akan digantikan dengan penyanyi, Ahmad Syafiq, manakala Ernie bakal digantikan dengan penyanyi, Wani Kayrie.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Jan 2019

#AJL33: Pertama Kali Beraksi Di Final, Siti Sarah Mengaku Rasa Takut

Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Kalau tiada bermakna saya perlu mencuba lebih baik lagi di masa akan datang…

Trending Tue, 20 Nov 2018

Busana Pengantin Doreamon Bikin Lelaki Ini Tular!

Mohd Firdaus Mohd Ali, merupakan peminat tegar Doraemon sejak kecil kerana jalan ceritanya yang menarik.

Hiburan Sat, 22 Jun 2019

Sudah Mula Rasa Tak Sihat, Shaheizy Sam Akui Berat Badan Makin Bertambah

Gemuk tak salah, yang penting kesihatan perlu diutamakan okay!

Featured Sat, 23 Apr 2022

JPN Sedia Bantu Isu Anak Halim Othman Berbinti ‘Abdullah’

Alhamdulillah.. Myra bersyukur namun tidak mahu emosi orang sekeliling terganggu..

Featured Fri, 4 Nov 2022
error: Content is protected !!