Hiburan By: SGMS Faida April 3, 2019 @ 4:55pm

Shah Radhi Bakal Buka Pub?

Jika pelakon lain berhasrat membuka kafe atau restoran, pelakon remaja, Shah Radhi Hazvee pula merancang untuk menjalankan bisnes pub.

“Saya memang sukakan hiburan lebih-lebih lagi muzik dan lepak dengan teman sebaya.

“Saya mahu wujudkan sebuah tempat di mana golongan muda boleh lepak, minum sambil layan muzik,” katanya.

Bagaimana pun bisnes pub yang bakal dibuka hanya menghidangkan minuman dan makanan halal sahaja.

Kata jejaka berusia 23 tahun ini, perancangan membuka pub halal ini adalah sebagai memenuhi kepuasan diri semata-mata.

Selain itu, dia yang bakal muncul dengan drama Hero Bomba 2, juga merancang membuka bisnes gunting rambut.

“Pada masa ini saya sudah pun mula mencari lokasi strategik untuk membuka dua bisnes itu.

“Kalau tiada aral, bisnes itu akan bermula dalam tempoh terdekat,” kata pelakon berasal Kuala Kubu Baru ini optimis.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Nov 2018
Hiburan Tue, 8 Oct 2019

Suami Sazzy Falak Masuk Hospital…Retak Tulang Rusuk Dan Patah Tulang Selangka

Beberapa hari lepas, ketika berbasikal bersama rakan-rakan, suami kepada Sazzy Falak iaitu Nazril Idrus telah terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan tulang selangkanya patah dan retak tulang rusuk.  Di samping itu juga, Nazril mengalami luka-luka di […]

Events Mon, 16 Mar 2020
Hiburan Wed, 13 Feb 2019

‘Esok Kalau Ibu Dah Tak Ada…’- Perkongsian Zarina Zainuddin Buat Netizen Sebak

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga dikurniakan ketabahan dan kekuatan buat Kak Zarina membesarkan Azil dan Azal…

Featured Tue, 4 Apr 2023
Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Anak Jackie Chan Merempat Bawah Jambatan?

“Jadi itulah sebabnya kami membuat video itu kerana kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan buat masa sekarang. Apa yang saya tahu ialah cinta kami sangat kuat tetapi kami sangat terdesak, tiada siapa di antara keluarga, sahabat atau perkhidmatan kerajaan datang menghulurkan bantuan,” jelas Ng.