Featured By: Dhia Iwana June 14, 2024 @ 2:10pm

Sharifah Rose Dan Aniq Durar Terjebak Cinta Dua Darjat

Percintaan antara dua darjat yang berbeza akhirnya terputus jua dek kerana kisah silam keluarga. Terbaharu di slot Akasia, drama Dua Darjat membawakan gandingan dua pelakon baharu, Sharifah Rose dan Aniq Durar yang memegang watak utama mulai 12 Jun setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7.00 malam di TV3.

Hanif yang dilakonkan oleh Aniq Durar dibesarkan oleh ibunya merupakan seorang pelajar yang bijak pandai dan mempunyai impian untuk menjadi seorang peguam yang berjaya. Walaupun perwatakannya yang sentiasa bersikap dingin, dia tetap dikenali ramai dalam kalangan pelajar perempuan.

Sharifah Rose pula memegang watak sebagai Ariana merupakan rakan sekelas Hanif yang bersikap ceria, menyimpan perasaan terhadap Hanif. Dia menggunakan jawatannya sebagai pengawas untuk mendekatkan diri dengan Hanif.

Hubungan mereka mulai rapat apabila Hanif telah menyelamatkan Ariana daripada ahli kongsi gelap.

Lily (Yasmin Hani) yang merupakan ibu tiri Ariana telah memberi amaran kepada ibu Hanif, Rashidah (Sharifah Zarina) agar Hanif menjauhkan diri daripada Ariana kerana bimbang hubungan mereka semakin rapat.

Menurut Lily, Hanif dan Ariana tidak boleh berkahwin kerana mereka mempunyai pertalian rapat iaitu mempunyai bapa yang sama. Hanif yang mengetahui akan hal itu telah mengambil keputusan menjauhkan diri dari Ariana dengan memutuskan hubungan tanpa sebarang berita.

Dalam pada itu, Shariah Rose yang memegang watak utama ternyata bersyukur apabila diberi peluang dan kepercayaan dalam drama Dua Darjat ini dan berharap ia mendapat sambutan yang baik daripada penonton.

“Saya amat bersyukur dan gembira apabila diberi kepercayaan untuk menjadi watak utama dalam drama Dua Darjat. Walaupun ini bukan pertama kali diberi kepercayaan membawa watak utama, pada saya setiap drama mempunyai keistimewaan dan perbezaan tersendiri yang membuatkan saya tidak sambil lewa ketika penggambaran.

“Saya juga masih dalam proses pembelajaran dan sentiasa terbuka dalam menerima apa jua ilmu dan teguran ketika di set. Saya berharap agar drama Dua Darjat mendapat sambutan yang baik daripada penonton.” Kata Rose.

Drama bersiri 13 episod terbitan Tanah Beris Film Production yang diarahkan oleh Shuhaimi Lua ini menampilkan pelakon seperti Sharifah Rose, Aniq Durar, Iman Suhana, Zarul Umbrella, Yasmin Hani, Sharifah Zarina dan ramai lagi.

Hidup dalam dua dunia yang berbeza, cinta, konflik, dan pengorbanan… Apakah kesudahan kisah mereka? Jangan ketinggalan untuk menonton Dua Darjat menerusi slot Akasia bermula 12 Jun 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton melalui www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 30 Jan 2019

超猛翻锅惊现「海嘨炒饭」网惊:日本无极限

近日网友在脸书分享一张照片,引发网友疯传,日本一男子手持大锅惊人奋力翻米饭的一幕,神乎其技啊!

Hiburan Wed, 10 Jan 2018

范冰冰「画框美人」登法国知名杂志封面

范冰冰近日登上法国杂志《Télérama》新刊封面,上演“画框美人”!照片中,镜子映射出范冰冰精致的脸庞,眉眼清澈,烈焰红唇尽显东方神韵。

familuv Wed, 8 Apr 2020

4 cara menangani si kecil yang cemburu

Ibu bapa perlu peka emosi anak

Hiburan Sat, 1 Jun 2019

2019年ntv7及八度空间《校园主播培训营》正式开放网上报名!

2019年ntv7及八度空间《校园主播培训营》正式开放网上招募!

Hiburan Thu, 20 Dec 2018

Artis Wanita Dan Individu Bergelar Datuk Ini Antara Yang Ditahan Dalam Pesta Liar?

Tak habis-habis dengan dadah. Cuba bawak bertaubat, tak gitu?

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

Haneesya Hanee Juara Dewi Remaja 2018/2019, Tahniah!

Tahniah si cantik manis, you deserved it girl!