Sharifah Sakinah Akui Trauma Untuk Berkahwin Lagi – “Kalau Jumpa Seseorang Akan Ada…”

Pelakon, Sharifah Sakinah mengakui trauma untuk berkahwin lagi selepas mengharungi perpisahan dalam perkahwinan sebanyak dua kali.

Jelas Sakinah, sekiranya benar dia akan berkenalan dengan sesorang, perkara tersebut akan mengambil masa yang lama.

“Buat masa ini, saya lebih memilih untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada diri sendiri agar menjadi lebih baik.

“Saya dah trauma… Perkahwinan pertama dan kedua semuanya ada pengajaran.

“Berkenalan itu perkara biasa. Kalau saya jumpa seseorang, akan ambil masa yang lama dan ada had pergaulan,” katanya.

Sementara itu, ibu anak satu ini sempat memberikan pesanan kepada selebriti di luar sana untuk bijak menggunakan media sosial.

“Untuk selebriti, tolong guna media sosial untuk perkara baik. Tolong jangan salah guna, untuk mental health awak juga dan untuk netizen, tolong gunakan kata-kata dengan baik,” ujarnya.

Sebelum ini, Sakinah memberi amaran kepada netizen yang tidak henti dibuli anaknya, berhubung isu terkencing di sofa milik selebriti, Noor Nabila.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesal Lihat Anak Dibuli, Sharifah Sakinah Beri Amaran Terakhir Buat Netizen!

Sekadar info, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Alif Adha Jamil pada 28 Mac 2015 namun berpisah pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha, enam tahun.

Perkahwinan kedua Sakinah bersama Michael Hansen yang berasal dari Sweden, pada hujung 2020 namun berpisah pada Februari 2021.

Kredit: Melodi TV3

Aqilah Paharuzi