Sharifah Sakinah Titip Nasihat Buat Balqis

Setelah kisah pelakon cilik, Puteri Balqis yang menghadapi sakit misteri sejak dua tahun lalu dan kesempitan hidup selepas ibu bapanya bercerai tular, ramai yang melahirkan rasa simpati terhadapnya.

Lebih-lebih lagi apabila Balqis mengatakan dia tidak mendapat sokongan daripada sesiapa pun termasuklah rakan-rakan selebriti kerana dia tidak mempunyai ramai kawan dari golongan itu walaupun pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik Drama pada Anugerah Skrin yang ke-19. 

Baca: Teman Aqish mula menjauh

Namun demikian, pelakon, pelawak dan pengacara Sharifah Sakinah menerusi satu posting di Instagram miliknya mendedahkan dia dan rakan artis pernah melakukan jualan amal mengutip derma bagi membantu pelakon cilik Puteri Balqis…bukan untuk mendabik dada tetapi untuk memberitahu bahawa Balqis tidak pernah dilupakan.

Menerusi perkongsian itu, Sakinah memuat naik foto sedang menjual barang pengarah, Michael Ang hingga terbaring di kaki lima. 

“Seronok masa ni jual barang @michaelang38 untuk kutipan derma @rockingbalqis.  Sampai terbaring di kaki lima,” tulis Sakinah di kapsyen sambil menyelitkan nasihat buat Balqis bagaimana untuk menghadapi dan mengatasi masalah dalam hidup. 

“Kebahagiaan memerlukan perjuangan. Ia timbul dari masalah #samasamasusah ujian tu datang dengan pelbagai cara. 

“Kalau tersangkut pada sesuatu masalah, jangan jadi mangsa, jangan buang orang dan sentiasa berbuat baik pada orang lain. 

“Lakukan sesuatu, dan anda akan mendapat jawapan yang dicari,” tulisnya lagi. 

Setelah kisah Balqis dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz ditayangkan di dalam program BersamaMu, ramai netizen yang mempersoalkan kenapa Balqis tidak mendapat bantuan yang sepatutnya. 

Namun, selebriti seperti Sharifah Sakinah dan Nabila Huda tampil untuk memberi penjelasan yang mereka pernah membantu termasuklah Presiden Seniman, Zed Zaidi yang mendedahkan pihak Seniman pernah membantu Balqis dan ibunya menghuni rumah sewa pada kadar RM400 sebulan di Setia Alam, tetapi mereka dikatakan tidak mampu menjelaskan bayaran bulanan lalu meninggalkan premis berkenaan dan hidup dalam gelandangan.

Apa-apa pun semoga segala bantuan yang diberikan kepada Balqis nanti dapat disalurkan dengan betul dan semoga bermanfaat. 

Baca: Puteri Balqis Terima Sumbangan Lebih RM100,000 Selepas BersamaMu

Kredit Foto: Instagram @sharifah_sakinah

Del14