Sharnaaz Ahmad Dilepas, Bebas Tuduhan Pukul Pengawal Keselamatan – “Insya-Allah Mamu Tak Buat Hal Lagi”

Aktor kontroversi, Sharnaaz Ahmad dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, daripada pertuduhan menumbuk seorang pengawal keselamatan yang juga penghuni kondominium, Jun tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, ini selepas pihak pendakwaan menerima representasi yang dikemukakan pelakon itu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim berkata, selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Sharnaaz selaku OKS (Orang Kena Saman) dilepas dan dibebaskan, manakala wang jaminan dikembalikan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin memohon Sharnaaz dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan itu.

Khairil Khusyairi