Hiburan By: Del14 October 6, 2019 @ 10:48pm

Sharnaaz Lepas Geram Pada Siapa??

Sudah pasti kes penceraian pelakon, Sharnaaz dan kakak kepada Neelofa, Noor Nabila yang masih belum selesai membuatkan pelakon Cinta Bukan Kristal itu amat merindui anak tunggal mereka, Jebat Jayden yang buat masa ini tinggal bersama ibunya.

Kerap menzahirkan rindu yang mendalam terhadap anaknya itu, Sharnaaz baru-baru ini telah meluahkan rasa kecewa di instastorynya, apabila Jebat merasakan dirinya seakan orang asing apabila enggan dipegang dan dipeluk bapanya sendiri. 

 

Pada  13 September yang lalu, Noor Nabila atau lebih dikenali sebagai Bella memfailkan permohonan hak penjagaan anak sementara (interim hadanah) di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dan Sharnaaz telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya di mahkamah yang sama. 

Baca: Noor Nabila Mohon Hak Penjagaan Sementara Jebat Jayden 

Baca: Sharnaaz Ahmad Failkan Permohonan Nusyuz, Hanya Mahu Selamatkan Keadaan

Sharnaaz juga sering memuatnaik foto bersama seorang bayi kecil lebih kurang sebaya dengan Jebat, bernama Arryyan Petra di lokasi penggambaran drama bersiri, Lelakimu Yang Dulu di mana bayi ini memainkan watak anak kepada pasangan Sharnaaz dan Nelydia Senrose. 

“Saya lihat Jebat dalam dirimu sayang..ba rindu sangat kat anak ba @jebatjayden..terima kasih @arryyanpetra sebab sayang papa..” tulis Sharnaaz dalam entri instagramnya itu. 

Ekoran dari luahan perasaannya  di akaun Instagram miliknya itu, ramai netizen yang memberikan komen dan turut bersimpati dengan nasib perkahwinannya yang masih belum ada penghujung. 

Semoga kemelut ini cepat-cepat ada jalan penyelesaiannya walaupun umum tahu prosiding mahkamah agak memakan masa.

Apa-apapun, mahkamah telah menetapkan 6 November nanti sebagai  hari sebutan semula kes nusyuz dan laporan jawatankuasa pendamai (JKP) akan diserahkan kepada mahkamah pada hari yang sama.

Noor Nabila telah melantik bapa tirinya, Abdul Halim Khan sebagai wakil dan Sharnaaz melantik kakaknya, Dr Sherrini Ahmad Basir Ahmad sebagai wakilnya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 29 Nov 2018

Now You Can Purchase Houses Online?!

It’s as easy as ABC…

Hiburan Tue, 28 May 2019
Featured Sat, 10 Sep 2022

“Hidup Yang Banyak Sangat Fitnah” – Aaron Aziz Bimbang Fikir Masa Depan Anak-Anak

Betul tu! bagi ibu bapa ia adalah perkara yang perlu diberi perhatian

Hiburan Mon, 27 Mar 2023

Da Unknown Tampil Dengan Cinta Hati

Tahniah atas single terbaru

Hiburan Mon, 18 Sep 2023

Watie Terima Tawaran Berlakon, Shuib Tak Beri Keizinan – “Awal-Awal Lagi Dah Ditolak”

Mesti best kan kalau dapat tengok Watie dengan Talita berlakon

Acara Mon, 13 Feb 2023