Sherry Ibrahim Naik Hantu Dengan FattZura?

Walaupun hubungan percintaan Sherry Ibrahim dan Fattah Amin sudah lama berakhir, namun sehingga ke hari ini ada pihak yang masih mahu mengaitkan hubungan cinta mereka.

Isu kontroversi terbaru mengaitkan Sherry dan perkahwinan FattZura nyata mengundag padah apabila Sherry sendiri sudah tidak tahan dengan spekulasi yang cuba dikaitkan terhadap dirinya itu. Menerusi laman instagram beliau, Sherry telah memuat naik satu screenshot yang dianggap sangat biadap apabila pihak tersebut cuba mengaitkan dirinya bersama bekas kekasihnya itu. 

Komen yang berbaur sindiran itu nyata mengundang reaksi kurang enak oleh sesetengah artis kepada perancang perkahwinan yang dianggap sangat profesional itu. Malah, perkongsian yang dibuat oleh Sherry menerusi akaun instagramnya nyata menarik perhatian followers beliau apabila mendapat sebanyak 12,895K likes.

Apapun, kepada mereka yang dianggap sebagai seorang yang dikenali dan sangat profesional, adalah tidak perlu mengaitkan seseorang itu dengan kisah silam beliau. Lagipun, Sherry sudah lama move on dan Fattah Amin pun sedang bahagia bersama Fazura. Betul tak? Apa pendapat korang?

Salma Syahbuddin