Hiburan By: Khairil Khusyairi June 16, 2024 @ 1:42pm

Shiera Bengang Dapat Penyewa Dari Neraka, Sanggup Lagi Duduk Walau Bil Elektrik Dipotong – “Lambat Bayar Dia Marahkan Kita, Tak Nak Keluar” 

Pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahira meluahkan rasa tidak puas hati terhadap bekas penyewa rumahnya yang bermasalah.

Menurut Sharifah Shahira atau lebih mesra disapa Shiera itu berkata, dia terpaksa menanggung kerugian besar susulan kerosakan yang berlaku di rumahnya itu.

Malah, Shiera turut bengang apabila kerap mempunyai pengalaman penyewa tidak mahu melunaskan dan lewat membuat bayaran sewa rumahnya.

“Bila penyewa yang berleluasa di luar sana yang kita tak boleh nak ambil tindakan tinggal rumah selepas puas kena halau sebab nak duduk setahun gamaknya dengan tak nak bayar sewa, tak puntcual.

“Saya tak kisah nak buat rumah macam mana taste korang tapi tolong lah bayar sewa. Tak bayar yang lemah ni. Tahniah penyewa.

“Ada akta tak yang boleh masukkan mereka ke penjara ke? Sebab penyewa semua garang-garang bila mintak sewa. Lambat bayar dia marahnya kita, tak nak keluar.

“Dah ke 8 penyewa kondo dan rumah semua saya kena marah,” luah Shiera.

Dalam perkongsian berlainan, Shiera juga mendedahkan ada penyewa yang masih sanggup tinggal di rumah biarpun bekalan elektrik sudah dipotong.

“Saya bukan nak complaint kita saja nak sembang perangai macam ni ramai di luar sana. Tu je

“Nak mintak ganti sewa pun tak bayar. Bil eletrik dah kena potong pun boleh duduk lagi tak nak keluar dengan alasan ‘saya akan bayar’.

“Haram kena tipu hidup-hidup, curi eletrik siap semua pun boleh

“Lepas itu salahkan kita eletrik tak ada. Sampai mak dia sakit, dia kata macam ni perangai tuan rumah. Aku juga yang jahat. Ye saya boleh jadi jahat kalau orang tak faham bahasa,” kongsinya lagi.

Apa yang mengejutkan, Shiera turut berkata dia tidak boleh berbuat apa-apa apabila penyewa tersebut menggunakan berbagai alasan untuk mengelak dari membayar ganti rugi atas kerosakan rumah tersebut.

“Rumah kita bagi berkilat dapat balik berkarat. Dia kata memang macam ini masa masuk dah kotor.

“Sebab apa kita tak dapat buat apa-apa kat penyewa bila dia cakap nama Allah, lepas itu kita kena tolong orang miskin.

“Tiba-tiba sewa rumah beribu kata miskin. Selalu terkena macam ini, kau nak kesian ke macam mana?,” kongsi Shiera kecewa.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

《光》唱丰收!横扫「马来西亚电影节」4奖

《光》唱丰收!横扫「马来西亚电影节」4奖项,为中文电影增光。

Hiburan Mon, 10 Jul 2023
Trending Tue, 24 Apr 2018

Berjaya Tukar Nama, Selamat Tinggal Kentut!

Ihsan berkata anak lelakinya sering enggan ke sekolah kerana selalu diejek rakan-rakannya. Lihat betapa besar pengorbanan bapanya kepada anak, sanggup menukar nama!

Featured Tue, 25 Oct 2022

Didakwa Jadi Gigolo & Bercinta Dengan Pondan, Rizky Billar Ambil Tindakan Saman Pemfitnah

Walaupun kes melibatkan isu keganasan rumah tangganya masih belum selesai, kini timbul pula gosip liar kononnya pelakon dan pengacara, Rizky Billar pernah menjadi lelaki simpanan atau gigolo. Bengang dengan tuduhan melampau yang diberikan, Rizky bagaimanapun […]

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Remy Ishak Bawa Diri?

Mana abang Remy pergi ni?

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

SINGLE KEDUA DSV LAGI VASSS?

Walaupun album pertamanya mendapat pujian dan kecaman daripada netizen namun, ia langsung tidak mematahkan semangat beliau untuk terus memeriahkan industri hiburan tanah air.