Shila Amzah Akui Dah ‘Burnout’ & Tiada Semangat, Persoal Keputusan Dalam Karier Nyanyian – “Tak Tahu Sama Ada…”

Penyanyi sensasi, Shila Amzah mengakui sudah ‘burnout’ dan tidak bersemangat untuk meneruskan kerjayanya sebagai anak seni.

Menerusi pautan Ask Me A Question di Instagram, Shila meminta peminat di Instagram untuk menitipkan kekuatan kepadanya.

Ada individu yang memberikan pesanan agar Shila terus kuat dalam melalui yang pernah dihadapinya dahulu.

“You can do this Sha, you did it before, remember? You survived before and u will go through the same shit again,” tulis individu berkenaan.

Pelantun lagu Jauh Hati menjawab pautan tersebut dengan mempersoalkan tindakannya sama ada keputusan yang dilakukan dalam perjuangan seni ini betul ataupun tidak.

“I’m so burnout, I wasn’t sure if l’m making the right decision in terms of my career..

“I am questioning myself even more these days. I don’t know how to make it right,” tulisnya.

Bagaimanapun, Shila telah memadam luahan tersebut di Instagram, sebaliknya berkongsi foto anaknya sedang tidur beserta kapsyen ‘I love you so much’.

Sekadar info, Shila dan adiknya, Syahir Amzah menyedari pertandingan nyanyi Famili Duo 3 yang berlangsung pada setiap Ahad, jam 9 malam.

Pada minggu 3 program tersebut, pasangan duo adik-beradik ini menduduki tangga tercorot selepas dua minggu berturut-turut berada di naib juara duo mingguab.

Ajai meluahkan rasa kesal terhadap Syahir yang dikatakan masih berada di zon selesa serta penjiwaannya masih tidak setaraf kakanya yang berada di tahap penyanyi profesional.

Artikel Berkaitan:Famili Duo 3: Persembahan Shila Amzah Bertaraf Antarabangsa, Syahir Dikritik Masih Berada Dalam ‘Zon Selesa’ & Kurang Penjiwaan… Ajai Minta Segera Tonjolkan Diri!

Artikel Berkaitan: “Kali Ini Saya Tak Uruskan” – Enggan Masuk Campur Hal Adik-Beradik Pindah Rumah, Shila Amzah Pilih Berdiam Diri & Lepas Tangan

Artikel Berkaitan: Nama Dipetik Isu Shila Amzah Mimpi Pelakon Wanita Ganggu Ubai, Ini Respons Sophia Albarakbah – “Hebat Netizen Kita…”

Aqilah Paharuzi