Shila Amzah Luah Rasa Geram Berita Kematian Ibu Ubai Dimanipulasikan – “Common Sense Mana?”

Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa geram apabila sebuah portal hiburan memanipulasikan tajuk berita tentang kematian ibu tunangnya, Ubai.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, portal tersebut menyatakan bahawa Shila terkilan ibu tunangnya tidak dapat hadir ke hari pernikahan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Penyanyi wanita terkenal terkilan ibu tunangnya tidak hadir di hari pernikahan,” tulis portal berkenaan.

Meskipun tidak dijelaskan siapa penyanyi wanita itu, namun di bahagian komen diletakkan pautan artikel Shila menggambarkan sifat arwah ibu Ubai.

Menurut Shila, portal tersebut seakan tidak ada sikap bertimbang rasa terhadap kesedihan orang yang sedang berduka.

“Ini bukan caranya untuk push article, adakah anda happy dapat traffic atas kesedihan orang lain? Common sense mana?,” ujarnya.

Terdahulu, pelantun lagu Patah Seribu ini memberitahu kepada bakal ibu mentuanya supaya tidak perlu risau akan persiapan perkahwinan mereka yang sudah siap sepenuhnya dan mendoakan agar rohnya tenang disana.

“Mak takde nanti waktu nikah kami minggu depan, semua dah siap dah. Takde apa pun mak perlu risaukan,” kata Shila.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mak Tak Ada Waktu Nikah Kami Minggu Depan, Semua Siap Dah” – Shila Amzah

Maya Basir