Hiburan By: SGMS Faida May 22, 2019 @ 3:57pm

Shila Amzah Jadi Puteri Jasmine Dalam Aladdin

Penyanyi Shila Amzah, akan meminjamkan suaranya untuk filem ‘Disney’s Live Action Aladdin’ yang bakal datang ke dalam Bahasa Malaysia, seperti yang diumumkan oleh The Walt Disney Company baru-baru ini.

‘Disney’s Live Action Aladdin’ merupakan filem aksi hidup asing pertama yang dikeluarkan secara meluas di pawagam dalam Bahasa Malaysia di samping versi Inggeris. Kedua-dua versi dapat ditonton di pawagam bermula 23 Mei.

Naib Presiden Studio, Hiburan Secara Langsung dan Muzik’ (Asia Selatan),Tom Batchelor berkata, “Puteri Jasmine merupakan watak yang mempunyai keberanian dan keazaman diri, kualiti-kualiti yang ditonjolkan oleh Shila Amzah. The Walt Disney Company sentiasa berusaha untuk bekerja sama dengan artis-artis tempatan yang berbakat untuk membawa hiburan berkualiti dan relevan kepada audiens di Malaysia.”

Selain meminjamka suara sebagai Puteri Jasmine, Shila juga akan menyanyikan semua muzik dalam filem itu termasuk sebuah lagu baharu, ‘Speechless’ (Raungan Suara).

Lagu baharu ini juga dapat diperolehi sebagai lagu ‘single’ dalam Bahasa Malaysia dan akan dikeluarkan dalam Spotify dan platform muzik lain pada 24 Mei.

Pengeluaran ‘single’ khas juga akan diadakan bagi ‘A Whole New World’, yang akan menyaksikan Shila bergabung dengan pemenang Anugerah Juara Lagu pada tahun ini, Hael Hussaini, untuk menghidupkan lagu klasik ini dalam Bahasa Malaysia.

Versi Bahasa Malaysia bagi ‘A Whole New World’ (Dunia Baru) dapat diperolehi dalam Spotify selain platform muzik lain bermula 24 Mei dan seterusnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 5 May 2019

演唱会结束歌迷不愿离场!A-Lin超疼歌迷二度安哥

新加坡演唱会结束歌迷不愿离场!A-Lin超疼歌迷二度安哥~

Hiburan Wed, 19 Jun 2019

Sam Bunkface, Isteri Sah Bercerai Sejak Januari

Saya tampil untuk memberi pengesahan mengenai perkara ini disebabkan tidak mahu menimbulkan masalah di kemudian hari.

Hiburan Sun, 7 Jul 2019

Kamal Adli Dilamar Pelakon Jelita?

Psst…siapa wanita bertuah tu?

Events Mon, 9 May 2022
Hiburan Tue, 6 Sep 2022
Featured Wed, 28 Sep 2022
#ThrowbackXTRA Wed, 10 May 2023

#ThrowbackXTRA: Gambit Saifullah Pernah Lari Ke Thailand Ketika Beraya

Setiap kali musim perayaan, pasti akan ada momen paling menarik dan kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika beraya bersama keluarga di kampung. Malah, ada juga yang sengaja mencari pasal atau agenda nakal untuk menjadikan raya […]

Events Mon, 26 Aug 2019

Rai Empat Dekad Dalam Industri Seni, M. Nasir Hiburkan Peminat 23 November Depan!

Legend is back! Bakal tampilkan kejutan, rugi tau siapa tak datang.

error: Content is protected !!