Shila Amzah Syukur Ubai Selamat Jalani Pembedahan Cyst – “Lepas Ketumbuhan Kat Otak, Sekarang Atas Mata Pula..”

Penyanyi terkenal, Shila Amzah memaklumkan kekasih hatinya, personaliti media sosial , Ubai baru sahaja selesai menjalani pembedahan kecil pada 12 Mei lalu.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), pelantun lagu popular Patah Seribu itu meluahkan rasa syukur kekasihnya selamat membuang ketumbuhan pada bahagian kepalanya.

Shila meminta doa peminatnya untuk mendoakan kesihatan teman lelakinya kembali pulih seperti sedia kala.

“Doakan sayang saya ini segera sembuh. Nasib baik tak hilang ingatan selepas pembedahan hari itu,” ujarnya.

Berdasarkan perkongsian itu juga, Shila memuat naik sebuah video memaparkan Ubai sedang menggambil gambar bersama peminatnya.

“Korang tengok la dia ni. Dalam mata senget sebelah pun masih ada orang nak ambil gambar dengan dia.

“Mata dia tu ada cyst tahu tak.. Lepas ketubuhan dekat belakang otak, sekarang ketumbuhan dekat atas mata,” ujarnya.

Sumber: mStar

Aqilah Paharuzi