Shuk Bakal Buka Pusat Asuhan Kanak-Kanak

Mengakui kerjaya seninya masih berkembang walaupun dengan kehadiran artis-artis baharu dalam industri tanah air, Shuk atau nama penuhnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bertapdaripada ak dalam industri.

Mengakui rezekinya juga semakin bertambah sejak mendirikan rumahtangga tiga tahun yang lalu, Shuk percaya bahawa rezekinya itu datang daripada Isteri dan juga anaknya. 

Sumber : Instagram @Shuk_hotfm

“Alhamdulillah, apabila sudah berkeluarga saya tidak lagi bekerja mencari pendapatan. sebaliknya lebih mencari rezeki buat isteri dan anak. Syukur saya menumpang rezeki mereka dan membuatkan rezeki saya masih ada.” Katanya.

Sumber : Shuk_hotfm

Menurut Shuk, beliau masih menunggu isterinya, Rossalennah Natassiyah Asshaferah menamatkan kursus pengendalian taska sebelum betul-betul bercadang mahu membuka pusat asuhan kanak-kanak itu.

Dalam perkembangan lain, Shuk bakal muncul dalam program terbitan ntv7, iaitu I Can See You Voice dan akan bergandingan bersama Alvin Chong. Program tersebut dijangka akan ditayangkan pada bulan depan.

Wah! Visi macam ni lah yang seharusnya ada kat artis-artis kita betul tak? Semoga segala yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar. 

Cayalah Shuk!

Salma Syahbuddin