Pelawak Jihan Muse mendedahkan pelbagai ‘taktik’ dilakukan oleh pemenang Bintang Bersama Bintang 2019, Shuk Sahar dalam memujuknya kembali ke pentas pertandingan.
Kata Jihan kepada XTRA, pada awalnya dia tidak berminat dengan undangan Shuk memandangkan sudah lama meninggalkan pentas pertandingan lawak.
“ Shuk hubungi saya banyak kali, setiap lima minit dia call saya sampailah saya angkat. Bila saya kata tak setuju, dia datang ke rumah dan mengusulkan idea.
“ Dalam kata tak nak itu, sedar tak sedar tiga jam kami berbincang sehingga terhasil skets parodi Nur 2. Pandai dia ‘pancing’ saya kan?,” kata Jihan.
Sementara itu, Jihan juga memberitahu taktik yang sama turut digunakan untuk ‘memancing’ pelakon Azhan Rani.
“ Rupanya bila dia ‘melamar’ Azhan, dia cakap saya dah setuju. Bila ingat balik, kelakarlah pula.
“ Tak apalah, demi Shuk saya akan bantu dia. Lagipun kami pernah dalam satu kumpulan di dalam sebuah pertandingan yang berkonsep sama. Jadi ia ibarat ‘reunion’ kami juga,” kata Jihan gembira.
Pelawak Shuk Sahar muncul sebagai juara Bintang Bersama Bintang 2019 malam tadi selepas berjaya menarik perhatian juri tetap, Saiful Apek dan Mark Adam serta penonton di rumah dengan persembahan parodi Nur 2. Tahniah Shuk!
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅
Jangan buat main fasal anak ya!
Betul! Emosi sangat penting
Ini penjelasan Redza