Shukri Yahaya Mahu Berhenti Jadi Romantik?

Pemenang trofi Aktor Antagonis Pilihan, anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 Shukri Yahaya memberitahu dia tidak mahu lagi terlalu terikat dengan watak romantik.

Mahukan perubahan dalam watak pada masa akan datang, Shukri meletakkan sasaran menerima sekurang-kurangnya satu drama berat yang menampakkan sisi berbeza.

” Kalau boleh, saya nak elak bawa watak jejaka budiman.

“Saya tidak mahu terlalu dilihat sebagai pelakon yang hanya tertumpu kepada satu watak, sebab itulah perlu ada satu drama berat,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Shukri memberitahu ada satu drama di mana lakonannya bersama Nora Danish bakal disiarkan selepas Aidilfitri.

Berkongsi kisah lebaran, bapa kepada seorang cahaya mata ini bakal meraikannya di rumah mentua di Keramat.

Shukri menghabiskan cuti Aidilfitri selama dua minggu bersama keluarga dan sanak-saudara.

Dia juga merancang menganjurkan rumah terbuka buat peminat.

“Persiapan hari raya banyak diserahkan kepada isteri. Semestinya Lontong masakan emak menjadi juadah utama yang perlu ada di pagi Syawal,” katanya.

SGMS Faida