Si Cilik Ardy Wira Seronok ‘Menari’ Di Majlis Aqiqah

Pelakon Betty Rahmad memanjatkan rasa syukur apabila hasratnya untuk mengadakan majlis aqiqah untuk anak lelakinya, Ardy Wira dapat dilaksanakan semalam walaupun anaknya kini mencecah usia sembilan bulan. 

Betty telah berkongsi momen itu dengan memuat naik foto-foto sepanjang majlis aqiqah di akaun instagramnya @bettyrahmad.

“Alhamdullillah dah selamat majlis aqiqah dan kesyukuran @ardywira walaupun dah umur 9 bulan baru sempat nak buat.

“Rasa macam pengantin pun ada hari ini duduk atas pelamin, dulu panggil buat pelamin malam berinai, hari ini pelamin aqiqah pula,” tulis Betty sebagai kapsyen.  

Sewaktu upacara marhaban, si cilik Ardy Wira kelihatan tertawa sambil menari-nari mengikut rentak. Bagusnya! Tak meragam langsung! 

“Nanti dah besar kamu boleh tengok balik perangai kamu menari-nari macam ulat masa orang tengah marhaban,” tulis Betty. 


Betty telah mendirikan rumahtangga pada 4 Februari 2018 dengan pasangan pilihannya, Ardy Shafiq dan Ardy Wira dilahirkan pada 19 Januari lalu. 

Sumber Foto: Instagram @bettyrahmad

 

Del14