Hiburan By: Salma Syahbuddin December 13, 2018 @ 1:18pm

Siapa Artis Yang Di ‘Sekolah’ Pengarah Terkenal Ini?

Pengarah drama popular, Shahrulezad Mohameddin ini berkongsi rasa kecewa beliau terhadap sikap segelintir pelakon yang mula lupa diri apabila sudah dikenali dan berjaya. 

Menurut Sharulezad, beliau lebih terkilan apabila pelakon yang dahulunya pernah berada di bawah didikannya namun kini sudah mampu bersikap diva dan sombong apatah lagi nak pandang dan melemparkan senyuman pun susah. Bukan itu sahaja, pelakon ini juga ada yang sudah mampu meletakkan harga tinggi. Apa kes?

Sharulezad percaya, walaupun sudah bertahun menjadi pengarah dan sudah banyak melahirkan pelakon malah ada antara mereka yang sudah popular dan ada juga yang suam-suam kuku. Tetapi menurutnya, sikap sebegini tidak seharusnya ada.

” Ada yang mula-mula berlakon dulu satu hapah pun takd, Sampai baju pun abang kena sediakan. Skill lakonan pun ke laut. Mengharapkan abang ajar mereka. Tapi bila meletop pandang abam balik pun tidak. Ada yang sesetengahnya siap demand balik kat abam mendabik dada itulah rate mereka dipasaran”

“Sehingga mereka terlupa dengan abam lah mula-mula mereka merangkak meminta peluang untuk masuk dalam insdustri.” Katanya

Namun, bagi pengarah ini, cuma segelintir je artis yang berperangai macam ni, selebihnya ada je yang berbudi bahasa. Namun, bila adanya artis macam ni sedikit sebanyak rosak lah nama pelakon lain.

Shahrulezad turut berkongsi perasaan beliau menerusi laman twitter miliknya berhubung perkara ini.

 
 
 
View this post on Instagram

Sepanjang berpuluh tahun abam terbitkan drama dan mengarah. Dah berpuluh artis abam lahirkan. Ada yg famous ada yg suam suam kuku. Ada yg mula mula berlakon dulu satu hapah pun tak der. Sampai baju pun abam kena sediakan. Skill lakonan ke laut dalam. Mengharapkan abam mengajar mereka. Tapi bila dah meletop pandang abam balik pun tidak. Ada yg sesetengahnya siap demand balik kat abam mendabik dada itulah rate mereka di pasaran semasa. Sehingga mereka terlupa dengan abam lah mula mula mereka merangkak meminta peluang untuk masuk dalam industry ni. Hakikatnya abam tak leh lah merungut. Itu rezeki mereka. Abam sendiri pun personally Memang dah set dalam kepala yg abam tak boleh terlalu mengharap mereka membalas ‘jasa’ abam. Macam kita besarkan anak anak kita lah. Kita tak boleh mengharapkan anak anak kita membalas jasa kita bila mereka besar. Cuma kadang kadang hati tua abam ni sedikit terusik dengan layanan segelintir mereka yg ‘kerek’ ni dengan abam. Bukan semua yer. Cuma segelintir ajer. Rata rata ramai yg berbudi bahasa mengenang jasa. Anyway idea songsang ni muncul bila lately ni makin kerap abam dihampiri bakat bakat baru yg mengharap untuk berlakon di bawah abam dengan harapan abam menjadikan mereka popular dan dikenali. Mereka tanpa segan silu berkata ‘ abam dah berjaya popularkan sesetengah pelakon’ dan mereka mahukan peluang yg sama. Kalau korang di tempat abam apa yg korang rasa? Sinis tak dengan situasi ini?

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on

Menurutnya, idea songsang ini timbul apabila terdapat beberapa bakat baru yang meluahkan perasaan mereka untuk berlakon di bawah arahannya.
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 17 Jul 2019

Mira Filzah Mengaku Dah Bosan Dengan…

Sedia keluar dari zon selesa.

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Salman Khan Ke Penjara Lima Tahun

Salman didapati membunuh dua haiwan spesies terancam itu pada September 1998 di Kankani, Jodhpur ketika penggambaran filem Hum Saath Saath Hain.

Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Ara Johari Selesa Dengan Rambut Pendek

Ara Johari mengakui belum bercadang untuk tampil dengan imej berambut panjang.

Hiburan Sun, 1 Dec 2019
Hiburan Sat, 13 Jul 2019
Hiburan Thu, 3 May 2018

Siapa Pemuzik Popular Hamilkan Wanita Anak Luar Nikah?

Dan, kemunculannya adalah semata-mata untuk menuntut janji pemuzik tersebut terhadap bayi yang bakal dilahirkannya itu. Menurut Sofia, pemuzik itu juga telah memutuskan hubungan dengannya sejak 18 April lalu

Featured Sun, 23 Oct 2022
Featured Thu, 27 Oct 2022