“Siapa Je Nak Laki Kena Sondol?”- Ernie Zakri Mengaku Jadi Gila & Meroyan Jika Wujud Orang Ketiga Dalam Rumah Tangga

Penyanyi popular, Ernie Zakri tidak menolak kemungkinan akan menjadi gila dan meroyan sekiranya wujud orang ketiga dalam rumah tangganya.

Menurut Ernie, isu rumah tangga bergolak akibat kewujudan orang ketiga adalah perkara yang paling ditakutinya, malah ada ketika dia takut untuk membaca atau mengambil tahu perihal rumah tangga rakan artis yang terpaksa berhadapan dengan isu tersebut.

“Sekiranya berlaku, saya boleh jadi gila dan meroyan, bahkan mungkin boleh buat sidang media untuk kongsi tentangnya.

“Saya bukan wanita yang kuat untuk hadapinya. Siapa yang mahu suami disondol.

“Dan ada ketika, saya takut nak baca kisah-kisah sebegitu terutama yang terjadi dalam kalangan rakan-rakan artis,” katanya.
Kagum dengan golongan wanita yang terpaksa melalui dugaan sedemikian, pemilik nama penuh Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, bagaimanapun mengambil inisiatif saling menasihati antara satu sama lain dalam rumah tangganya.
Bahkan, selain kepercayaan, tanggungjawab dan sedar diri adalah amat penting untuk menjaga hubungan suami isteri.
“Saya tidak dapat membayangkan keadaan dirinya jika berhadapan dengan masalah penyondol. Tabik dengan kekuatan mereka.
“Bagi saya, saling mengingati itu perlu dan harus sentiasa sedar diri tentang status suami orang dan telah berkahwin,” jelasnya.
Sekadar info, Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021.
Dan hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan dengan seorang anak perempuan, Khawla Soleha yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Kosmo
Salma Syahbuddin